Love Story


ASSALAMUALAIKUM :)

Okay, hari ni aku nak kongsi sebuah kisah benar yang mungkin terselit pengajaran . Biasalah pengalaman mematangkan manusia bukan? 

Kisahnya begini, ada seorang gadis yang bernama Iman . Gadis ini tak percaya dengan insan yang bernama lelaki . Kenapa ? Kerana gadis ini pernah kecewa dulu . Dan mungkin juga Allah sedang menjaga hatinya untuk seseorang yang istimewa bernama suami :)

Cukup lama gadis ini berprinsip 'no love during study' . Gadis ini cukup kuat untuk menolak kata-kata manis si jejaka yang cuba menjadikan dia insan teristimewa . Dia juga setia dengan janjinya dengan si kakak yang cukup tidak sukakan cinta diselitkan dalam hidup pelajar . Kerana bagi kakaknya , cinta hanya akan mengganggu konsentrasi pelajar terhadap yang utama iaitu pelajarannya .

Namun , semuanya seolah-olah berubah apabila dia mula mengenali seorang lelaki yang cukup baik pekertinya . Entah kenapa , apabila ternampak jejaka tersebut dia tak nampak orang lain dah . Tapi dia cuba untuk menafikan perasaan yang mula berputik tanpa disedari itu . Dengan takdir Allah , Iman sudah mula berkawan dan semakin rapat dengan lelaki itu . Sepanjang mengenali lelaki tersebut , Iman semakin berubah (ke arah positif) sebab lelaki tu banyak berkongsi ilmu , ingat-memperingati dan sebagainya . Walaupun lelaki itu sangat baik dan mesra dengannya tapi dia cuba menafikan yang lelaki tu pon punya perasaan yang sama kerana khuatir kelak akan terluka .

Semakin lama Iman dan lelaki itu semakin rapat . Sehinggalah satu saat yang ditentukan olehNya , lelaki itu meluahkan isi hatinya kepada Iman . Masa tu hanya Tuhan yang tahu betapa terharunya Iman bila mengetahui selama ini dia tidak bertepuk sebelah tangan . Iman tidak cukup kuat untuk menafikan perasaannya kepada insan itu kali ini . kenapa ? Iman pun kurang pasti . Mungkin kerana kali ini dia rasa dia betul-betul terpikat dengan kelembutan dan kesopanan lelaki itu . Dia juga berfikir mungkin tak salah bercinta asalkan tak melanggar syariatNya .

Maka bermulalah bait-bait perasaan antara Iman dan lelaki itu . Tiada lagi rahsia hati antara mereka , saling berkongsi masalah , saling memberi semangat , saling menegur dan sebagainya . Iman pun mulai berubah . Jika dulu gadis itu selalu contact ngn lelaki lain meskipun hanya sebagai kawan , namun sekarang tidak lagi . Kiriman SMS daripada kawan-kawan lelaki dibiarkan sepi . Entah mengapa . Dia sendiri tiada jawapan untuk itu mungkin kerana ingin menjaga hati disana .

Setelah ukhwah sudah terjalin hebat , janji-janji banyak dibuat, terjalinnya ikatan dengan penuh pengharapan, dengan kehendakNya masing-masing mula sedar apa yang mereka lakukan ini mungkin membuatkan mereka jauh daripada Ilahi :') Maka, keputusan yang berat harus diambil . Meskipun pedih , meskipun pahit, Iman akur kini bukan masa untuknnya bercinta . Dia harus berbakti dengan keluarga melalui pelajarannya . Dia harus membanggakan kedua ibubapanya dengan keputusan SPM tahun depan . Yang paling penting masing-masing mahukan cinta Allah yang agung dan takut hubungan berlandaskan perasaan ini dimurkai kerana ada pendapat yang mengatakan cinta sebelum nikah dimurkai Allah . "jgn hampiri zina" . Perpisahan harus dilaksanakan biar sulit biar pahit .



Kehidupannya kembali seperti biasa , namun bohonglah andai tiada langsung kesan di hati Iman . Hati mana yang tidak merasa kehilangan ? Orang yang selalu menjadi tempat untuknya bercerita sudah tiada . Orang yang cukup mengambil berat sudah pergi . Namun bagi Iman dia redha kerana "seandainya kita meninggalkan sesuatu yang haram kerana Allah , Allah pasti akan memberi dengan cara yang halal" . Kadang-kadang dia terimbau kenangan lalu, namun cepat-cepat dimatikan dari ingatan . Sebab kalau kita masih belum bersedia menerima hakikat dan masih dihantui kenangan silam , maka macam mana nak wujudnya perkataan 'move on' ?

Bagi Iman , lelaki tersebut adalah lelaki yang terbaik pernah dia jumpa namun siapalah dia untuk melawan perintah Allah . Dia akur, pasti ada hikmah disebalik semua ini . Walaupun kini tiada lagi kiriman SMS , tiada lagi panggilan telefon , tapi entah kenapa hati gadis tersebut masih tidak berubah . Semakin dia cuba menidakkan perasaan ini semakin kuat mencengkam jiwa . Dia hanya mampu berdoa supaya terus diberikan kekuatan untuk menghadapi semua ini , untuk memulakan kehidupan yang baru untuk menggapai keredhaan Ilahi . Iman hanya gadis biasa yang masih bertatih mencari keredhaanNya , mungkin masih mentafsir erti bahagia . Begitulah seterusnya kisah hidup seorang gadis bernama Iman . Mencari kekuatan untuk berpegang pada jalanNya . Masih berperang antara iman dan nafsu . Dia juga cuba untuk menggapai 'cinta high class' - ialah cinta yang mendaulatkan Allah nombor SATU . Cintamu padaku kerana Allah, tuhanmu yang SATU , cintamu bermujahadah melawan nafsu ^_^

**** THE END ****





Aku menyepi tidak bererti lupa ,
Aku menjauh tidak bermakna hati berubah ,
Mungkin masih menghitung waktu ,
Tiba masanya kita pasti bersatu ,
Andai itu kehendak yang Satu :)




  • sememangnya sukar untuk berubah , namun kita harus mencuba . "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri" .
  • setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya , yakinlah pada Allah :)
  • andai si dia memang jodoh kita , biarpun terpisah beribu batu pasti akan bersatu . namun jika sebaliknnya , biarlah kuat kita menggenggam pasti akan terpisah jua . Itulah JODOH 
  • cinta itu fitrah , jangan biarkan ia menjadi fitnah .
  • diwaktu kita merasa kita sangat lemah , kembalilah kepada Allah , Dia mempunyai seribu satu jawapan untuk masalah kita .
  • Allah tidak akan menimpakan ujian yang kita tidak mampu .
pernah diceritakan oleh rasulullah , kasih sayang Allah kepada hambanya berkali ganda lebih besar daripada kasih sayang seorang ibu kepada anaknya . Seorang ibu pasti tidak sanggup melemparkan anaknya kedalam api . Begitu juga Allah , namun kerana sifatNya yang Maha Adil Dia menciptakan balasan untuk setiap perbuatan kita . Cuba renungkan adilkah jika Allah tidak menciptakan neraka ? Pasti semua orang menjadi jahat kerana akhirnya semua akan masuk ke syurga . Oleh itu , diciptakan neraka supaya manusia sedar akan hakikat hidup di dunia adalah untuk beribadat kepadaNya .
Rasanya setakat ini saja cerita saya , terima kasih kerana sudi membaca . Mudah-mudahan kita mendapat pengajaran daripada cerita tersebut . Assalamualaikum .






Comments