Sunday, 5 June 2016

Hiduplah Kerana DIA

 بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Alhamdulillah a'la kulli hal.
Alhamdulillah kerana ALLAH masih kurniakan kita hari ini. ALLAH masih izinkan kita bertemu Ramadhan untuk kesekian kalinya. 
Andainya ini Ramadhan terakhirku?

**************************************



.
.
Pernah tak korang rasa satu saat tu berat sangat ujian ALLAH?
Sampai satu tahap rasa macam nak collapse. Rasa macam.. ALLAH, bilakah akan berakhir semua ni? Saat itu air mata tak mampu diseka lagi. Air mata menjadi peneman di kala malam sebelum tidurmu. Terasa dirimu bukan selayaknya untuk terima ujian ini. Terasa tiada lagi bahu untuk menangis dan menenangkan hati. Terasa dirimu berseorangan dalam melalui liku-liku kepedihan. Ya, hanya kamu, seorang.

SAKIT.
PEDIH.
BAGAI DIHIRIS
BERAT SANGAT UJIAN.

"Aku lemah ya Allah, aku tak kuat lagi. Mengapa aku diuji ya ALLAH?"

Namun ingatlah wahai hamba yang cintakan Tuhan, sudah lumrah hidup ini diuji. Apatah lagi jika dirimu akui bahawa kamu beriman :')

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata, "Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji?"
(29:2)

"Tapi aku lemah, aku mana mungkin hadapi ujian seberat ini ya ALLAH"

"Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya ALLAH bersama orang-orang yang bersabar"
(2:153)


Satu ja nak cakap, ALLAH ada.
Bersabarlah bilamana cacian menjadi halwa telinga,
Bersabarlah bilamana manusia tidak mengerti.
Kerana kita hidup bukan kerana manusia.
Tenanglah duhai hati. 
Tenanglah duhai hati yang dambakan syurga!
Kuatlah kerana ALLAH.



Jika Dia mampu memberikan ujian yang tidak engkau duga, Dia juga mampu memberi jalan keluar kepadamu. Dengan syarat kau punya satu kunci. Apakah kunci itu? TAQWA!

Barang siapa yang bertaqwa kepada ALLAH s.w.t nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.Dan barang siapa yang bertawakal kepada ALLAH s.w.t nescaya ALLAH s.w.t akan mencukupkan (keperluan) nya.Sesungguhnya ALLAH s.w.t melaksanakan urusan (yang dikehendakin) nya.Sesungguhnya ALLAH s.w.t telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (Surah AT-TALAQ : Ayat 2-3) 

Dikala tiada lagi telinga untuk mendengar rintihanmu, maka mengadulah pada Dia dalam munajatmu.
Dikala tiada lagi bahu untuk bersandar, berteguhlah dalam sujudmu.
ALLAH tahu sakit itu. 
ALLAH tahu kerana Dia yg menciptakan ujian itu.

Maka, 
Kembalilah pada fitrah. Kepada Tuhan yang kasihnya melebihi seorang ibu kepada anak. Dia mendengar setiap rintihanmu. Dia tahu kepedihanmu lebih dari kamu tahu. Dia tahu.

Mungkin, dengan ujian inilah. ALLAH mahu kamu pulang.
Pulang kepada fitrah. 
Mungkin sebelum ini solatmu lalai, mungkin sebelum ini hatimu lalai, mungkin selama ini waktu tersisa tidak terisi, mungkin selama ini kau jauh dari Pemilik diri. Mungkin selama ini kau terlalu mengagungkan cinta insani.

Maka kembalilah. Kembalilah pada ALLAH.

Menangislah, dan terus menangis padaNya. 
Hanya Dia yang mampu membukakan jalan keluar saat dirimu terasa buntu.
Hanya Dia. ALLAH yang Esa. 

Dan ingatlah, ALLAH tidak memberati seseorang melebihi kesanggupannya.

senyumlah walau pedihnya bagaikan duri :)
wallahu'alam. 

Nahh buat hati yang diuji..

Tuesday, 22 December 2015

WHY IT'S A NO


  بسم الله الرحمن الرحيم


Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!
Assalamualaikum warahmatullah semua yg dihormati dan dikagumi. acewah.
Alhamdulillah 'ala kulli hal.
Alhamdulillah juga ALLAH masih kurniakan nikmat yg cukup besar, iman dan Islam.
Dan alhamdulillah juga kita diberi semula nikmat udara segar, teringat time jerebu teruk tu.. rasa tersiksa sgt jiwa dan raga..huhu


Betulkan niat,

Baiklah, kali ini aku akan berkongsi kisah kawan kepada kawan aku. Namanya ialah TEETT, maaf terpaksa dirahsiakan atas sebab tertentu.. Tapi sebelum tu kalau siapa yg rasa sebu tak suka baca kisah kisah mcm ni saya nasihatkan tak payah baca.

Al-kisahnya kawan kpd kawan saya ni dilamar oleh seseorang yang tak dikenali, lebih kurang rumah dekat-dekat dengan rumahnya. Orang itu boleh kata menggunakan cara yang baik, orang tengah yg thiqoh *dipercayai* dan menyatakan hasrat ingin 'taqdim' kawan kpd kawan saya ni. Tapi mcm biasa prosedurnya tanya dulu dah bertunang belum, dah berpunya belum, ada pilihan keuarga belum dan sebagainya.. Kawan kpd kawan saya ni apa lagi gelabah gila la, bila bukak messenger ada org meluahkan hasratnya. Mau tak sejuk dia pagi pagi hari lepas balik solat subuh.

 Dan apabila diteliti lelaki itu memang seorang yang baik pada zahirnya, muka masjid, keturunan yang baik (sudah kenal mak ayah kwn kpd kwn saya) ada rupa, ada basic agama juga, berpendidikan dan sebagainya.

Namun jawapan kawan kepada kawan saya ni still a no.
So why it's a no?
Banyak sebab yg gadis tu keluarkan dan saya mcm agak bersetuju dgn sebab dia.
Antaranya,

1. 
CINTA UTAMA
Cinta utama ialah cinta ALLAH dan Rasul.
Maka, gadis tu nak fokus satu benda yang penting dulu iaitu hubungan dia dgn ALLAH dan ibubapa, nak kata gadis ni nak letakkan cinta ALLAH dan rasul nomnbor 1 dulu dalam hati dan selagi mana cintanya pada ALLAH dan Rasul belum kuat dan utuh maka mengapa hendak ambik risiko membuka ruang agar cinta manusia masuk ke hatinya. Dia khuatir andai kelak cinta manusia yg menguasai hatinya.
Dan gadis itu juga nak berbakti sepenuhnya pada mak ayah sebab kalau dah kahwin tanggungjawab kepada suami dan keluarga suami tu lebih diutamakan.

2.
BELUM WAKTUNYA
'never rush in anything' tu lah fikirnya si gadis. Belum sampai waktu untuknya terikat dengan sebarang ikatan. Dia masih muda, ya tak dinafikan salah satu ciri keberkatan seorang wanita ialah awal pernikahannya namun kalau si gadis tahu dia tak bersedia mengapa nak ambik risiko? Dan banyak lagi benda yang perlu dia belajar sebelum masuk alam itu hatta fikirkan mengenai alam itu. Ilmu fardhu ain ke mana, ilmu pernikahan ke mana, ilmu rumahtangga ke mana. Banyak benda lagi yg kena belajar.

3.
MENJAGA HATI
Dan ini antara sebab terbesar kenapa dia tolak walaupun lelaki tersebut orang yang baik. Siapa mampu jamin, mampu menjaga hati sepanjang perkenalan? Ikhtilat? Mungkin ada sebilangan kata berkenal-kenal itu boleh tapi atas landasan syari'e, ya benar. Namun bagi si gadis dia tahu dia tak bersedia, dan mungkin tempoh perkenalan itu panjang kerana si gadis masih belajar. Dia takut ini membuka ruang-ruang kpd syaitan utk merosakkan hatinya. Berharap pada yg tak pasti, teringat pada yang belum hak untuk diingati dan sebagainya. Teringat kata-kata ustazah fatimah syarha "jika kamu berkawan 20 tahun pun kamu takkan kenal si dia kerana itu hanyalah lakonannya sahaja" maka apa function berkenal-kenal kan? ye dok? 

4.
PUNYA WALI
Benda ni yg orang selalu pandang sepi. Ya, memang kebiasaannya berkenal-kenal dulu then baru jumpa wali. Tapi itukan biasa-biasa bukan luar biasa. Tak molek rasanya kalau belakangkan wali sedangkan wali masih ada. Wali mujbir pun ada lagi. Maka moleknya kalau dah berkenan terus jumpa wali berbanding nak kenal-kenal dulu dan sebagainya. Bukankah itu lebih terhormat? Nak tackle hati anak tackle la hati ayah dulu baru gentle. Tak ke gitu?

HAHAHA, gitulah cerita dia ya anak-anak. 
Sorry ya kalau lately banyak entry bab-bab ni.


gambar sampingan :D



Kesimpulannya, cinta itu fitrah jangan nodai ia menjadi fitnah dan ingatlah bahawa perancangan syaitan itu sangat rapi. Sebab tu sebaiknya gunakan cara paling selamat.

“Tidaklah aku tinggalkan setelahku suatu fitnah yang lebih berbahaya bagi laki laki (melainkan fitnah yang datang dari) wanita.”  
(HR Bukhari dan Muslim)

uhuk. tersedak!

wallahu'alam.


Sunday, 29 November 2015

BESTNYA KAWEN AWAI?

  بسم الله الرحمن الرحيم



Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. ALLAH masih beri kita peluang kedua or ketiga or keempat or keenam or ke..... untuk kita sama-sama bertaubat atas dosa yg lalu, sekarang dan akan datang.

Okay, baiklah tajuk kali ni lebih santai.. 
Okay, lately kan musim perkahwinan and family aku pun ada conduct wedding my bro and sis, so ramai lah org berkunjung ke rumah. And most of them be like "haa, tak lama lagi nina pulak" uhuk3.. selalu terbatuk bila dapat ayat ceni. Lagi parah ada yg kata "haa, lepas ni nina buat dua sekali la, sekali kakcik" yang ni memang nak batuk berdarah. Kakcik I dah 24 okay, tahun depan or satu lagi dia kahwin la, insyaALLAH. dan takkan aku nak kahwin umur 20-21??? 

HAHAHAHAHA. memang nak gelak besar la ada org buat statement gini.
Kalau dulu time tak matang memang aku ckp mcm best kawen muda, elak maksiat, tundukkan pandangan, jaga hati la apa la.

TAPI TAPI..
Now, i realize marriage is more than "raja sehari" majlis kenduri gempak, akad nikah and etc. it's more than that. it's about commitment, and lepas lepas tu mula la ribut taufan melanda alam perkahwinan. Kalau takda ilmu dan kesabaran yg kuat, macam mana nak hadapi?

Dan ayat common people, 
"kalau berani masuk meminang terus la"
ada betul jugak apa org ni cuba sampaikan, buat apa couple lama-lama tambah dosa ja. 
but yg ni macam sesuai utk org yg dah prepare. (baca: tak bermakna yg xbersedia boleh couple)

cuba uolls bayangkan org yg tak pernah kenal, all of sudden lamar korang sedangkan korang tahu tahap persediaan takat mana.
believe me time tu tahap pening dia mcm nak gila.
nak terima ke tak.
betulka keputusan aku ni and etc.
pening serabut semua ada.
believe me.

sebab soal kahwin ni bukan soal main-main. kalau boleh nak ke jannah.
dan lagi takut bila tengok zaman skrg ramai yg before kawen nampak baik ja, penyayang semua tapi lepas kawen kena layan macam kucing kurap. wa iyya zubillah.

nak kata, sesiapa yg dah bersedia sila lah tempuh alam ni, tapi kalau korang *girls especially* masak pun tak hadam semua lagi, kemas rumah pun malas, nak jaga bayi pun tak reti, ilmu fardhu ain pun belum hadam, kitab perkahwinan tak pernah baca, kena uji sikit nangis mcm takmau hidup, agak-agak macam mana nak tempuh ya?

im not prejudice but i just state my opinion.

so nak kata, ALLAH takkan beri kalau kita tak bersedia. 
dan kita sendiri sedar kita dah bersedia atau belum.
and never rush in anything, the time will come.

cuma, buat masa sekarang belajar dulu cara nak handle rumah tangga, rajinkan diri belajar resepi baru, hadam kitab2 perkahwinan, perkemas ilmu fardhu ain, tundukkan pandangan, puasa and etc. dan sebaiknya letak KPI (key performance index) bila yg dah ready. contoh dari sudut fardhu ain kna achieve apa, dari soal memasak and etc.

kesimpulan, kadang selalu indah rupa dari khabar.
alam ini bukan nak kata nightmare memanjang tapi bumi mana tak dilanda hujan?

last but not least, letakkan cinta ALLAH dan rasul number satu dulu!


Monday, 23 November 2015

i miss you ALLAH

  بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikaum warahmatullah.. fuhh lama gila kang dok update entry baru.
Seperti biasa alhamdulillah 'ala kulli hal. Alhamdulillah masih diberi nafas kerana masih banyak yg perlu dikejar untuk akhirat. Dan insyaAllah kali ni saya akan kongsi satu cerita yg berjudul "I Miss You ALLAH".

Betulkan niat, bacalah dengan nama Tuhanmu,
Betulkan niat, tulislah dengan nama Tuhanku.

************************************************************************

Hari demi hari dilalui Nurul Iman dengan penuh yakin. Selangkah demi selangkah jalannya meluru dalam alam dakwah. Dari dulu sebenarnya Iman sudah berjinak-jinak dalam alam dakwah namun boleh dikatakan tidak sedalam yg dia ceburi kali ini.

Boleh dikatakan Iman menjadi kepercayaan rakan seperjuangannya. TEET TEET. satu msg masuk dlm notification nya. "Iman, macam mana nak buat ni, sekarang ni Ila rasa penat dengan jalan ini" direnung sekilas, tarik nafas sekilas dan cuba untuk membantu sahabatnya. 

"Ila, jalan ini pasti kita diuji kerana tapisan ALLAH tu sentiasa ada untuk melihat siapa yang benar sekali imannya. 
Ila, kalau Iman kan, setiap kali rasa nak futur Iman ingat balik kenapa Iman tempuh jalan ini dulu? Kerana ALLAH bukan? 
Jalan yg kita sedia maklum tak pernah mudah, ye dok? 
Dan kita kena ingat sepenat mana kita rasa hari ini, seinchi pun tak sama dgn perjuangan Rasulullah.
Dan setiap kali Iman rasa pnat jugak, Iman akan tadabbur surah As-saff macam kita tadabbur sama-sama dulu? 

'Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar.'
(As-saff: 10-12) 

Ayuh, infiru lillahita'ala" 
button send ditekan.

Dalam dia me motivate dia juga di motivate.

Namun, suatu saat dia terdiam dan tertanya. 
"Mengapa lately aku tak diuji ya ALLAH? Sedangkan ujian dan musibah itu tandanya ada kebaikan di sisiMu?" 

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan)."
 (Al Baqarah: 214)

Jasadnya di situ di hadapan komputer riba sambil buka youtube, namun fikirannya menyelusuri satu demi satu detik yang dilaluinya. 

"Rupanya ujian itu sedia menimpaku setiap saat namun aku sering kali alpa. Jika dahulu ujiannya berbeza namun ujian kali ini lebih halus dan aku selalu abaikan. Jika dahulu ujianku untuk istiqomah untuk berhijrah namun kini dugaanku lebih kpd sudut pandang terhadap perkara jahiliah. Jika dahulu ujiannya lebih kepada bagaimana untuk lari daripada maksiat namun kini ujianku lebih kepada bagaimana hendak cegah maksiat depan mata. ALLAH. ALLAH. ALLAH. Aku menyaksikan masyarakat sekeliling lalai dan leka dengan maksiat namun aku hanya duduk diam. Hinanya aku ya ALLAH. Sedangkan ahli keluarga aku tak mengamalkan Islam secara syumul namun aku hanya sibuk mengislah orang-orang jauh. Sedangkan adikku sendiri bercouple namun aku tak mampu cegah dia? Hinanya aku Ya ALLAH. Beginikah daie yg sebenarnya?"

lagu Taubat - Opick yang bermain di youtube membuatkan keadaan semakin hiba.

air mata menitis setitis demi setitis. tak mampu ditahan lagi. 

Mafhumnya: "Wahai orang-orang beriman! Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu"
 [al-Tahrim: 6]

Iman juga tersedar yang kualiti ibadahnya juga semakin menurun. Jika dahulu qiyamulail yang berkualiti setiap hari bukanlah sesuatu yang mustahil namun kini boleh kira dengan jari. 

“Dan pada sebagian dari malam, maka sujudlah kepada-Nya dan bertasbihlah kepada-Nya pada bagian yang panjang dimalam hari.” 
(Al-Insaan: 26).

Di mana silapnya? Jika dahulu ayat-ayat Quran mampu menggetarkan hatinya dan air matanya mampu menitis tanpa disedari dalam solat namun kini mengapa semakin sukar?

Bagaimana bisa air mata menitis andai hatinya makin mengeras?
"mata akan mengering apabila hati mengeras" 
Ibn Qayyim

HAKIKATNYA, HATI! Iman sibuk dengan jalan dakwah namun dia lupa. Lupa untuk membetulkan sesuatu yang sangat penting. HATI. Dia terabai akan tarbiyah ruhiyah. Mengapa itu terjadi sedangkan dia di jalan dakwah?

Bagaimana bisa mungkin?
Kerana dia melihat dirinya lebih mulia daripada mad'u. 
ALLAHU.. bagaimana bisa mungkin begitu?

Apabila tarbiyah ruhiyah di tolak tepi.

Hakikatnya jalan dakwah tidak menjamin dirinya, diriku dan dirimu lebih mulia daripada yang lain namun suatu perjalanan untuk membetulkan hati, membersihkan hati dan mencari redha ALLAH.

Apabila redha ALLAH secara total yang dicari bukan secara partial, atau 80% atau 90% ataupun 99%, barulah engkau akan temui manisnya dakwah walaupun dirimu dikecam.

Bagaimana bisa mungkin sedemikian?
Apabila engkau benar-benar mendekatkan diri pada ALLAH Ta'ala.
Hanya itu caranya.
Tak syak lagi, kebanyakkan manusia yang senang futur dari jalan ini adalah mereka yang tidak menjaga ruhiyah mereka.

Iman teringat kata-kata ustaz,
 "hati yg mati mana mungkin menghidupkan hati mati yang lain"

Iman tersedar dalam lamunannya yang panjang. Dia sedar sudah lama dia tak merintih lemah di hadapan yang Maha Kuasa. Lantas terus dia berwuduk dan solat sunat taubat. Di sujud terakhirnya qalbunya berbicara "ya ALLAH, i miss you so much. aku rindukan saat di mana aku merinduiMu melebihi segala sesuatu di dunia ini. apakah aku mungkin bisa merasainya? ya ALLAH, aku rindukan saat solatku bukan hanya sekadar gerak geri namun satu perbuatan yang dirasai hingga membersihkan qalbu. ya ALLAH aku rindukan saat di mana qiyamulail ku dibasahi air mata kerinduan terhadapmu ya ALLAH. apakah mungkin aku bisa merasainya lagi ya ALLAH? Ya ALLAH aku rindukan saat setiap hari aku dipermudahkan untuk qiyam tanpa aku perlu set alarm ya ALLAH dan aku rindu semuanya ketika aku benar-benar merasai kelazatan ketika bermunajat kepadaMu ya ALLAH. Apakah aku bisa merasainya semula. Ya ALLAH ampunkanlah aku kerana tak mampu mencegah maksiat di depan mataku. Ampunkanlah aku kerana tak memanfaatkan masa lapangku. Ya ALLAH ampunkanlah aku kerana aku juga selalu leka dengan dunia.. ALLAH.."

TAP.TAP.TAP. air mata menitis tanpa sedar.

"Ya ALLAH aku sedar ya ALLAH banyak dosa yang aku lakukan sehingga hatiku menggeras, tapi secara jujurnya ya ALLAH aku sangat rindukan engkau ya ALLAH. Ya ALLAH janganlah bagi ada apa-apa cinta di hatiku melebihi cintaku kepadamu, janganlah bagi ada apa-apa rindu di hati ini melibihi rinduku kepadamu dan janganlah bagi apa-apa pengharapan di hati ini melebihi pengharapanku kepadamu. Dan izinkanlah aku bertemu denganmu ya ALLAH"

Air mata berderau dan terus menitis. Iman akui dia sangat rindukan saat ini. Saat dia mampu bersujud dan tenggelam dalam sujudnya. Saat dia mampu meninggalkan kesakitan dunia dgn menceritakan segalanya kepada yang MAHA MENDENGAR lagi MAHA MENGETAHUI.



Iman sedar banyak dosa yang dilakukan sehingga menjadi hijab baginya untuk merasai perasaan yg sungguh indah ini. Yang diibaratkan sebagai syurga dunia oleh ulama' dan ahli makrifat. Dan Iman juga sedar seorang daie yang sebenar adalah mereka yang melihat maksiat berazam untuk mencegahnya bukan sekadar senyum. Dan Iman sedar dia bukanlah seorang daie yang baik apabila dia tak mampu menyeru keluarganya sendiri ke jalan Islam. Dan Iman juga sedar seorang hamba yang terbaik tak pernah abaikan tarbiyah ruhiyah sepertimana saidina Umar Al-Khattab apabila ditanya "kerana siang aku takut urusanku dengan manusia tak selesai, dan apabila malam aku takut urusanku dengan Tuhan tak selesai"

*************THE END************

Hakikatnya hidup ini tak sunyi dengan ujian. Samada kita sedar ataupun tidak. Tetapi orang yang rugi apabila dia memandang dunia hanyalah dari satu sudut semata tanpa mengambil sebarang ibrah.

AYUH sama-sama jadi hamba ALLAH yang diredhai.
Perbaiki hati, perbaiki akhlak. 

Wallahu ta'ala 'alam.


Monday, 3 August 2015

R.I.N.D.U

  بسم الله الرحمن الرحيم


Bismillah. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Assalamualaikum warahmatullah sahabat-sahabat yg dikasihi kerana ALLAH. Seperti biasa, tarik nafas dalam dan fikirkan betapa banyak nikmat ALLAH yg telah kita dustakan? 

Hmm.

Betulkan niat, bacalah dengan nama Tuhanmu,
Betulkan niat, tulislah dengan nama Tuhanmu.

Dalam hati ini rindu sangat.
Rindu sangat sangat.
Penantian yang bertahun lamanya.
Sehingga hari ini masih menanti.
Menanti sesuatu yang diharapkan dapat bertemu sejak di bangku sekolah lagi.
Hanya ALLAH yang tahu betapa rindunya hati ini.
Kadang-kadang mutiara jernih mengalir kerana terlalu rindu.
Perit sangat merindu.
SANGAT.

Tahun demi tahun bulan demi bulan aku menanti.
Ku harapkan dapatlah kita bertemu.
Namun sudah takdirNya kita belum berjodoh untuk bertemu.
SAYU.
Sayu sekali menanti.
Tak dapat ku gambarkan betapa sayunya hati ini.
Dua tiga kali dijanji untuk bertemu.
Tapi seperti aku kata tadi,
Tuhan masih belum izinkan kita untuk bertemu.

Ya ALLAH sungguh aku rindu untuk ke kota Mekah.
Sungguh aku rindu untuk bersujud di depan 'rumahmu'
Sungguh aku rindu ya ALLAH.
Semoga kali ini kau izinkan aku ke sana.

Allahuma aamiin. 
:')

(Doakan dipermudahkan semuanya)






Sunday, 28 June 2015

WHO SAY?

    بسم الله الرحمن الرحيم


Bismillah dan alhamdulillah.
Seperti biasa, panjatkan kesyukuran kerana masih diberi peluang untuk menjadi hambanya yg lebih baik daripada semalam. Syukur dan syukur kerana masih dikurniakan dua nikmat yg besar iaitu iman dan Islam.

PERBETULKAN NIAT, BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU.
PERBETULKAN NIAT, TULISLAH DENGAN NAMA TUHANKU.

Aku heran bila lihat ada manusia yang sering kali menghukum dan menilai.
Andai aku pernah sedemikian, ku pohon seribu keampunan kepada anda-anda semua yg mungkin aku pernah sedemikian. 

Aku heran kerana aku juga begitu dahulu.,
Terbuai dengan kata-kata syaitan. Yang mana aku berhak menghukum lebih daripada membimbing. Sedang aku lupa hanya ALLAH yang berhak menghukum. Namun apabila tersedar ku rasakan diri ini sgt hina. Sedangkan Rasulullah mendoakan umatnya sedang nyata ke degilan an mereka *kisah Taif* Lalu siapa kita untuk menghukum namun tak membimbing?

Sedarkah kita terlahir bukanlah terus baik.
Dan kita juga tak pasti apakah penghujung kita baik atau sebaliknya.
Justeru di mana authority untuk menghukum dan menilai?
Yang paling aku hairan bila manusia kian menilai hati insan yang lain. 
Sedang nyata dalam al-Quran hanya Allah yang tahu.

Yaa, mungkin mereka sudah baik namun sedarkah kebaikan itu bisa terhapus sekelip mata jika ALLAH menginginkan?
Sedarkah bahawa kebaikan itu bisa terlaksana dengan kuasa Dia yang Maha Berkehendak.
Lalu apa yang mengaburkan matamu?
Lalu apa yang membuatmu yakin bahawa syurga milikmu sehingga engkau bisa menilai yang lain?
Sedarkah kita bahawa kita hanya manusia biasa. Yang penuh dengan noda. Yang tak mungkin sempurna. Yang selalu terjatuh di lembah hina. Sememangnya kita inginkan semua akur perintah Tuhan namun bukan dengan cara menghukum. Kita tiada authority. Kita lemah.

Sekian, lukisan hati si Pendosa.

Sincerely,
-pendosa- 

S.M.I.L.E

                        بسم الله الرحمن الرحيم



Bismillah. Subhanallah, Allahamdulillah, Allahuakbar. 
Like usual, let us be a thankful creation to the One who owns every LOVE, ALLAH. With His bless and love, we are given two important ni'mah which are Iman and Islam.

Purify our heart, our intention and our attitude. ALLAH knows even in the silent heart. No need to shout, no need to cry out loud. He created us, and He knows who we are more than we do. "ALLAH" , a name that will make your heart beats faster than before if your love towards Him is true.

The moment when you want something badly in your life but you can't, believe me He is planning something better,
The moment when you feel down to the earth, He knows what you feel and only Him can cure it,
The moment when everyone you love become a stranger, keep calm because a sincere one will never leave you what ever happen.

Nothing will remain forever.
That's dunya.
You're not created for this dunya,
You're not created to feel blessed with a little happiness in dunya.
You are not.

Have your goal and struggle for it.
Believe me, there is no such thing that 'haq and batil' in one time.
If you choose, haq so the batil will leave.
And vice versa.
S.I.M.P.L.E.
That's life.

When you said you do something for the sake of ALLAH. Believe me He said 
"Or (do) you think that you will enter Paradise while not (has) come to you like (came to) those who passed away from before you? Touched them [the] adversity and [the] hardship, and they were shaken until said the Messenger and those who believed with him, "When [will] (the) help (of) Allah (come) Unquestionably, [Indeed] help (of) Allah (is) near. "
(Al-Baqarah:214)

So, don't simply think that Allah will not tested you with your own words. Of course He will. If you said that only ALLAH is in your heart, He will test you with the leaving of your loved one. Don't you remember the story Prophet Muhammad S.A.W.? How He was tested by losing his beloved one who always support him in da'wah, which is his wife, Saidatina Khadijah. If the one who is maksum (pure) also being tested by ALLAH, how can we be very sure that we will not.

S.M.I.L.E

Put your faith on. Keep moving even you know that you're not strong enough to face all the tribulations alone. Of course you're not alone my dear. If you don't have a shoulder to cry on, you still have a floor to sujod. And don't ever compare yourself with others, or happiness will never be yours. Feel bless if He still give you hope to repent when there is a lot of people that hope they're given second chance to repent but they can't.

Keep S.M.I.L.E even it's hard.
Keep S.M.I.L.E even your heart is dying.
Keep S.M.I.L.E even there's no reason to smile.
S.M.I.L.E because it can cover up your pain.
Maybe it will not help a lot, but it will.

Keep S.M.I.L.E to build your strength.