Surat Buatmu ~


ASSALAMUALAIKUM :)


Surat ini ditujukan khas buat bakal suamiku.. Mungkin terlalu awal untuk menulis surat ini buatmu sedangkan ku masih di bangku sekolah tapi hatiku sangat ingin meluahkan apa yang terbuku di kalbu setalah sekian lama . Mungkinkah awak membacanya ? Tak apa, aku tulis jugak mudah-mudahan Allah detikkan awak (calon suamiku) untuk membuka blog ini dan membaca surat ini..

Walaupun aku tak tahu di mana awak sekarang , siapakah awak , pernahkah kita berjumpa , bagaimanakah kita akan bertemu , adakah kita sudah bertemu tapi aku tetap yakin awak ada. Kalau tidak di dunia sekalipun mungkin di syurga (dengan izinNya, amin~) saya yakin awak ada . Seandainya awak  masih ada di dunia , saya sangat berharap awak menyiapkan diri untuk menjadi seorang suami yang soleh dan membimbing saya ke jalan yang Allah redhai kelak . Saya bukanlah seorang ustazah , bukan juga seorang yang alim , bukan juga budak agama . Masih cetek ilmu di dada . Saya tidak sesolehah Aisyah , tidak juga sesabar Hajar , tidak juga semulia Khadijah . Tapi saya yakin Allah sentiasa memberi peluang kepada hambanya untuk berubah bukan ? Saya juga yakin Allah memandang hati seseorang itu bukannya luaran mahupun gaya percakapannya semata . Saya hanyalah seorang gadis biasa yang tak mungkin sempurna . Saya masih mencari apa itu yang dimaksudkan dengan bahagia , masih mencari keredhaan Dia . Saya juga banyak salah dan silapnya , sebab itu saya berdoa supaya awak mempersiapkan diri untuk membimbing saya walaupun saya tak tahu siapa awak . Saya juga berusaha supaya dapat menjadi yang terbaik kerana Allah . Kerana saya yakin dengan janjiNya . "perempuan yang baik untuk lelaki yang baik"

Duhai pemilik tulang rusukku , maafkanlah daku andai hati ini berbolak-balik dan tidak setia kepadamu . Andai Allah mengujiku dengan cinta insani selainmu , ku berharap agar dikuatkan iman untuk bermujahadah dan menjadi yang terbaik buatmu . Saya juga berharap kau kuat dalam menghadapi ujian-ujian berbentuk cinta di usiamu . Doakan aku juga supaya sentiasa kuat menghadapi ujian-ujian yang mampu menggugat setiaku kepadamu . Duhai calon suamiku , saya seorang yang sangat cemburu tapi aku rela andai aku bukan menjadi yang utama buatmu . Biarlah cintamu kepada Allah , rasul dan ibumu melebihi diriku . Kerana itu merupakan tanggungjawabmu bukan ? Saya rela kerna suatu hari nanti saya juga mungkin bergelar seorang ibu . Saat itu saya pasti mengerti perasaan seorang ibu .

Entahlah , saya juga tak tahu apa lagi hendak tulis , Kerna tak semua isi hati mampu dilafazkan dengan kata-kata.. Mudah-mudahan suatu saat nanti ku mampu melafazkan kata-kata keramat 3 KATA yang masih lagi menjadi hakmu apabila saya menjadi yang halal buatmu . Mungkin saya pernah menyukai seseorang tetapi percayalah apapun yang saya lakukan awak tetap ada di hati saya . Andai suatu saat nanti aku menjadi yang halal untukmu cintai , ku berharap agar cintamu kepada Khaliq tidak berubah tetapi semakin bertambah , agar dia tahu walaupun kau adaku tetapi kau tetap mengingatiNya dan Dialah yang akan menjadi yang pertama di hatimu . Andai juga kelak dia mengujimu dengan kehilanganku, janganlah kau bersedih kerana aku juga makhlukNya yang akan binasa. Tetapi berdoalah supaya aku boleh menemanimu dia sana kelak .

Setakat ini sahaja nukilan hati ini buatmu, ku yakin Allah merancang sesuatu yang diluar kemampuan kita berfikir . Siapa pun kau , di mana pun kau berada , bila pun kita akan bertemu atau sudah pun kita bertemu , mudah-mudahan suatu saat nanti perasaan ajaib yang kusimpan ini menjadi suatu keberkatan bukannya kemungkaran . Doakan supaya kita sentiasa kuat bermujahadah di jalanNya . Ya, mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis . Sekian , assalamualaikum w.b.r :)





Comments