Love Story (ep. 2)


Assalamualaikum ^.^

Syukur alhamdulillah kerana masih dikurniakan dua nikmat yg cukup besar iaitu nikmat iman dan juga nikmat Islam . Sedangkan di luar sana masih ramai terkapai-kapai mencari pegangan agama yang benar . Sedangkan di luar sana masih ramai yang bergelumang maksiat . Alhamdulillah dan mudah-mudahan Allah masih menetapkan hati di jalanNya . Okay, berbalik pada tajuk. Dah baca starting cerita tu ? Hope ada input utk kita teruskan hidup pada jalanNya .

******************************************************************


Sekarang bermulalah hidup Iman tanpa seseorang yang setia mendengar cerita-cerita merapunya. Iman sudah mula akur setiap pertemuan pasti menemui perpisahan . Iman juga sudah bisa melupuskan perasaannya sedikit demi sedikit . Walaupun hakikatnya kekadang perasaan itu kembali menyerbu jiwa . "dugaan..dugaan" detus hati Iman setiap kali terimbau kisah-kisah lalu. Ya, Iman mengakui sangat sukar untuk melupakan seseorang yang sudah sebati dengan hidupnya . Namun itulah realiti hidup . Kekuatan bukannya perlu dicari tetapi perlu dibina . Allah juga takkan mengirimkan ujian di luar batas kemampuan kita.


Iman fikir buku sudah tertutup. Malangnya, dia kembali diuji. Apabila hubungan erat antara Iman dan lelaki itu diungkit kembali . Mungkin Iman ada tersilap langkah tetapi bukan niat di hatinya untuk mencetuskan kontroversi . Maruah Iman bagaikan dipijak-pijak tanpa belas . Segala cerita yang tidak sepatutnya dibuka menjadi isu . Mujurlah ada sahabat Iman yang menceritakan apa yang sebenarnya terjadi. Kalau tidak Iman pasti terpinga-pinga apa yang terjadi . "Aku tahu hang mesti akan sensitif dengan cerita ni" Aisyah memulakan bicara . Zuppp ! Terkejut Iman mendengar cerita Aisyah. "Astagfirullah..aku tak sangka jadi besar sampai macam ni..Ya Allah..." istighfar Iman di dalam hati.


Itulah manusia bertindak tanpa berfikir. Tetapi yang lebih menyayat hati. Apabila si lelaki turut mengatakan sesuatu. "Aku dah anggap Iman tu macam kakak aku..dia matang..blabla.." cukuplah sebaris ayat itu meruntun hati Iman . KAKAK ? "Maksudnya selama ini aku tak lebih hanya seorang kakak buatnya? Kata-katanya yang meresap jiwa selama ini hanya ditujukan untuk seorang kakak?" detus hati Iman kecewa . Kepercayaan Iman terhadap insan bernama lelaki semakin pudar. Dia menemplak diri apabila selama ni dia tak nampak semua itu. Iman nekad untuk memulakan kehidupan yang baru. Iman tak mahu lagi tersalah anggap kebaikan seseorang . Iman turut nekad untuk ghaib dari pandangan lelaki itu. Dia tidak mahu tersalah anggap lagi. Selama ini..segala kata-kata, luahan hati cuma sekadar untuk kakak? Hancur luluh hati Iman . Memang Iman dah dapat melupakan sikit demi sikit lelaki itu. Tapi hati mana tidak hancur apabila selama ini cuma dilabel sebagai kakak :')


Iman nekad untuk membersihkan namanya. Dia nekad hantar SMS bagi menerangkan segala-galanya. [.....penerangan mengenai masalah yg tercetus......dan jgn risau hg akn jmpa aku smpai bln 11 ja. Dan lepas ni aku try ghaib dr sight hg. thanks for everything..adik :)]
SENT.
Bagi Iman dia nekad untuk ghaib dari pandangan lelaki itu krna beberapa sebab. 1stly, cukuplah selama ni dia banyak mnjadi punca masalah lelaki itu. Iman kesiankan lelaki itu. Teramat ! Dan salah satu faktor lagi Iman tak mampu untuk menafikan perasaannya setiap kali terpandang wajah lelaki itu. Dan hati Iman akan luluh waktu itu bila mengenangkan yang selama ini dia cuma dianggap sebagai kakak :')

Private message :
[......*mgenai masalah*......trus trang..aku rasa sdh..sdh sgt..xtau napa..]
Msj dibiarkan sepi..
[Hg rsa kalu hg try ghaibkan dr sight aku..keadaan akn jd lbh baik?]
Rasa bersalah mula menyerbu jiwa. Ahh..kan dh nekad td? Memang di hati kecil Iman dia juga sedih untuk buat keputusan sedemikian. Tapi dah berapa kali hatinya hancur. Dan mampukah dibiarkan lagi untuk terus hancur? Kekuatan perlu dibina bukan untuk dicari. 'mungkin Allah menyediakan seseorang yg lebih baik' fikir Iman. Iman akui lelaki itu mmg sgt baik. Tetapi hati yg terluka berkali-kali sukar untuk diubati. Iman tak mahu seandainya dia terus melihat lelaki itu perasaan itu sukar untuk dipadam. Sedangkan Iman tak lain dan tak bukan hanyalah dianggap sebagai kakak .

[Insya Allah]
hanya sepatah perkataan yg dibalas.
[......tp aku xleh la buat cmtu..bg aku tu cm musnahkan persahabatan kita. tapi aku hormat keputusan hg.....]

 Persahabatan ? Hmm, yes Iman juga sayang mengakhirinya bila memikirkan persahabatan yang lama terjalin musnah begitu sahaja. Tapi apakan daya . Lama Iman meneliti msj itu kembali. Iman tak mampu untuk terus bertahan . Pedih yang teramat hanya Tuhan yang tahu. "Aku mesti kuat! mesti!"

Mudah-mudahan Iman terus diberikan kekuatan untuk menghadapi semua ini. Ya, Allah tak akan menguji sesuatu di luar kemampuannya. "Sesungguhnya tiada dayaku melainkan dayaMu" . Banyak hikmah melalui ujian ini . Iman akan cuba melarikan diri kelak. Biarlah waktu menentukan segalanya . Jika dulu masih ada sedikit harapan walaupun secubit namun kini harapan itu sudah musnah. Dia berharap dan berdoa untuk memulakan kehidupan yang baru . Bebas daripada semua ini . Bebas daripada hati yang terus disakiti.

Bagi Iman biarlah Allah yang menentukan segalanya. Yang pasti dia akan cuba untuk terus ghaib. Kalau itu yang terbaik untuk dia mengubati hatinya. Dan itu yang terbaik untuk mengurangkan masalah lelaki itu. Mungkin tiada kesan pun dekat lelaki itu dengan kepemergian Iman. Dan mungkin lebih bahagia. Iman akan berlari sejauh mungkin dan akan melupuskan kenangan yang ada. Iman sudah lama memaafkan segala-galanya. Tetapi dia tidak cukup kuat untuk terus bertahan . Maaf .

******************* THE END *******************

 " Andai Allah menginginkan kita bertemu, sejauh manapun aku berlari pasti akan bertemu tetapi.. Biarlah tahun ni menjadi penghujung kisah kita. Memang sukar untukku mungkin tidak buatmu..tetapi..akan aku tempuhi kerana aku yakin Allah merancang yang terbaik buatku . Apapun , aku tetap berdoa agar kau berjaya dalam apa jua yang kau tempuhi. Di dunia dan yang penting sekali di akhirat . Mungkin aku bertindak mengikut emosi..tetapi Hati yang luka perlu dirawat. Rawan perlu diubat. Kau berhak mendapat seseorang yang jauh lebih baik dariku. "


(doa buatmu tidak pernah lekang dari bibirku :'))

Comments