Coretan Hati

ASSALAMUALAIKUM :)


Hye everyone ? Kabare ? Busy ngn PPT ? Alhamdulillah..aku ni masih tak sedaq diri lagi nih..dan lagi dok update blog segala bagai.. Tapi kali ni aku nak kongsi sikit satu cerita yg bagi aku sedih la..tpi bg hmpa tatau la cena kan ^_^

Firstly, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih dikurniakan dua nikmat yg cukup tidak terhingga iaitu nikmat iman dan Islam. Dan nikmat yang paling BEST sekali nikmat halwatul iman. Melakukan sesuatu ibadah itu kerana keredhaan Allah <3 Mudah-mudahan kita salah seorang la kan..amin~

Okay, balik BBM for PRU ni aku dikejutkan dgn satu berita yg tak sengaja aku dengar..huhu.. Aku yang mendengar berita tu teriak tak mau-mau..apatah lagi org yg merasanya kan? Ya Allah kuatkanlah insan tersebut. Ayuh, doakan insan tersebut kuat dan dapat menempuh dengan tabah. Mesti hampa heran, sapadia la minah ni ckp kan? hahaha..satsat..

Ceritanya begini, cer hampa bayangkan orang yang rapat, sangat rapat dengan hampa menangis teresak-esak. Hampa tak sengaja terdengar dia menangis.. Sebab? Suami yang dia sanjung, percaya selama ni ada orang lain. Yes, memang isteri dia yg pertama di hati tapi apa perasaan hampa kalau suami hampa buat camtu kat hampa ? Sedangkan dah kawin berpuluh-puluh tahun..sanggup seorang suami.."saya masih bertahan kerana ada anak-anak, saya tak sangka abang akan lakukan macam ni..selama ni saya percayakan abang, sanjung abang..tapi.." hancur luluh hati bila kepercayaan dinodai kan? Aku yang mendengar ni turut sebak kot. Bukan takat sebak dah qeriau sekali kot. Dulu aku tengok dalam TV ja tapi sekarang, orang terdekat aku.. Ya ALLAH.. Kasihan kan?

Seriously, aku tak dapat bayang kalau benda ni jadi kat aku. Yes, lelaki boleh kahwin sampai 4 org tapi pikiaq la balik sapa yang up and down ngn hampa sampai berpuluh tahun..tyme susah, sakit..sedangkan perempuan tu mai bila dah senang, kaya..Sekarang aku sangat paham kenapa org perempuan cukup tak suka poligami..dulu aku mcm blurr lagi.. It's fine kalu yg 2nd wife tu baik, tegur elok-elok..tapi ni..Ya Allah, berikanlah dia hidayah..aku just tak sampai hati nak tengok insan sebaik tu disakiti dan terus disakiti..kot ya pon nak kahwin lain, awat tak bagitau sebelum kahwin? di mana perikemanusiaan itu?

Yes, memang sunnah poligami ni tapi menurut aku perempuan ni ada satu masalah. CEMBURU. Sedangkan saidatina Aisyah pon cemburu apatah lagi kaum-kaum hawa yang lain. Kalau aku sekalipun aku rasa tak sanggup nak dimadukan. Aku takut keimanan aku menurun akibat perasaan cemburu. OHMY t_t rasanya aku lebih prefer iman kot kalu jadi macam ni. Entahlah. Aku nampak anak-anak dia teriak teresak-esak lepas tahu. Ya lah, sapa sangka si ayah yg anak dah besaq panjang, dah boleh jadi bapak org pon anak tu..tapi ayah kahwin lain kan T_T Ya Allah selamatkanlah hubungan kekeluargaan mereka..amin~

Ohya, cakap pasai poligami..even aku rasa cam over ja nak tulis benda ni tapi aku nak jugak..maybe Allah detikkan hati seseorang (jodohku mungkin) untuk buka blog ni..
Tolonglah aku tak sanggup dipoligamikan..aku dah tengok dengan mata kepala sendiri bagaimana musnah hati si isteri dan anak-anak..Put yourself in her shoe. Seriously..mulai hari ini insya Allah aku akan jaga diri aku menjadi seorang yang terbaik kerana aku takmau benda ni jadi kat aku. Dan aku harap dimana pon hang berada please prepare yourself. Do not involve in the lagha things. I'll try my best not to. Study hard , don't play play...gahaha..(ntah apaapa)

K r, setakat ni ja kot..


# THE END #


Comments