Kemenangan Islam dilihat pada remaja hari ini

ASSALAMUALAIKUM 

Walaweh , apa kabar semua ? Mudah-mudahan sihat walafiat la hendaknya . Okay, tajuk tu agak heavy untuk aku huraikan tapi aku nak jugak huraikan . Insya-Allah . Andai ada kekhilafan ketika penghuraian tanpa segan silu boleh menambah atau menolak atau mendarab dan sebagainya . Ohya, sebelum tinta lebih mendalam eloklah baca bismillah dulu . Mudah-mudahan inti pati yg baik menjadi pegangan dan buruk menjadi hindaran .

Baiklah , berbalik pada tajuk Kemenangan Islam Dilihat Pada Remaja Hari Ini . Apa yang kita faham ? hmm, remaja tu kita-kita la kan . tapi hari ni nak dihuraikan bagaimana ciri-ciri remaja yang boleh membawa kepada kemenangan Islam kelak . First at all , mestilah remaja tu perlu ada iman yang kukuh dalam hati . Apa itu iman ? Percaya dgn hati , ikrar dgn lisan dan dibuktikan dengan perbuatan . Tapi nak ckp pasai iman yg kukuh ni kita mestilah yakin bukan setakat hanya percaya . Yakin maksudnya kita percaya dengan sepenuh hati kepada Allah . Bukan takat tahu ada syurga dan neraka tetapi kita yakin dan beramal dengannya . Got me ?

Second , akhlak yang mulia . “Sesungguhnya Allah adalah Dzat Yang Maha Indah dan mencintai keindahan. Dia mencintai akhlak yang tinggi dan membenci akhlak yang rendah.” (HR Ath-Thabrani dan Ibnu Asakir) Akhlak yang mulia ibarat penyeri keimanan seseorang . So, penting sangat akhlak ni kepada manusia . Tapi cuba renung sikit hari ni , sejauh manakah sikap atau akhlak remaja hari ini . Pantang ditegur sudah melenting sedangkan teguran itu sangat berguna buat hamba-hamba yang beriman . Di mana khilafnya ? Tepuk dada tanya iman . Salah satu tanda hati gelap apabila sukar menerima nasihat . Yes, nasihat itu kadang-kadang pedih tapi itulah teguran daripada Allah . Kita seharusnya bersyukur tetapi sebaliknya terjadi . Seandainya jiwa remaja masih lagi tandus dengan teguran yang berguna agak-agak apa yang terjadi ? Pastinya insan atau remaja itu akan musnah kerana merasakan diri terlalu sempurna dan lebih parah merasakan dirinya sahaja yang benar . Itulah sakit hati yang paling ditakuti , takbur . Penyakit hati ini turut tergolong dalam syirik khafi yakni tidak meletakkan Allah pada hak yang mutlak . Sejauh manakah akhlak kita hari ini ? Renung-renungkan .

Yang ketiga , bersatu padu . Pelbagai cara dilakukan oleh Yahudi untuk meleraikan ukhwah umat Islam hari ini . Masih tak sedar ? Cuba lihat Syiah ! Asalnya hanya pengikut Saidina Ali tetapi lihatlah hari ini apa yang terjadi ? Apakah syiah masih Islam ? Tidak bukan . Tak sedar lagi ? Itulah senjata Yahudi untuk memperoleh kemenangan kelak . Sebab depa tau orang Islam kalau bersatu pasti akan dapat menguasai dunia seperti zaman Nabi Muhammad dan para sahabat sehingga menguasai 2/3 dunia . Lupakah kita ? Mengapa Islam hari ini tidak sekuat dahulu ? Di mana silapnya ? Adakah kita masih lalai sedangkan yahudi hari ini mempersiapkan segala kelengkapan untuk berperang dengan kita . Tak cukup dengan tu mereka pasak minda anak-anak remaja dengan hiburan melampau sehingga masalah sosial meningkat hari demi hari . Apakah kita tega membiarkan sahaja ? Apakah kita mahu dibiarkan bangsa seagama kita alpa dan leka . Apakah di saat genting ini kita masih berbalah perkara yang remeh ? Sedangkan perjuangan kita masih belum selesai . Perjuangan sebagai khalifah di bumi Allah . Sedar atau tidak kita adalah peganti kepimpinan Islam suatu saat nanti . Seandainya kita masih berpecah belah adakah Allah redha ? Jangan menilai entry ini menggunakan mata tapi gunakan hati . Tergamakkah kita menegakkan ego dan membiarkan tali persaudaraan putus ? Sedangkan Islam sangat mementingkan persaudaraan . Buktinya mengapa solat berjemaah 27 kali ganda lebih baik ? Mengapa tidak beriman seseorang itu sebelum dia menyayangi saudaranya seperti dia menyayangi dirinya sendiri . Renungkan .

Yang keempat , ilmu . Untuk mencapai kemenangan umat Islam perlu berilmu . Macam kita sedia maklum , Allah mengangkat darjat orang berilmu . Kerana apa kerana Ilmu akan mengubah banyak benda . Contohnya , kita berilmu mengenai tanaman mesti kita akan guna kaedah terbaik untuk mengekalkan kesuburan tanah . Jika dahulu buah yang dihasilkan sikit sekarang sudah banyak . Cuba kita imbau kembali ahli bijak pandai zaman dahulu . Zaman Abbasiyah , Turki Uthmaniyah dan sebagainya . Islam dipandang mulia oleh agama lain malah hasil karya kita dijadikan sumber rujukan semua . Betapa pentingnya ilmu sehingga kegemilangan ilmu zaman Islam terdahulu menjadi faktor tamatnya zaman Gelap di Eropah . Tak sedarkah kita ? Belajar bukan sekadar lulus SPM *kekeh* tapi belajar untuk menjadi orang berilmu . Dengan itu kita dapat mengangkat martabat Islam di mata dunia . Jangan hanya membiarkan akademik kita dimonopoli oleh orang kafir tetapi biarlah kita yang meneraju . Ilmu yang berlandaskan al-Quran dan sunnah lebih tepat kerana tidak berpandukan akal semata . Akal kita sungguhnya terbatas . Ohya , jika kita menjadi orang berpengaruh dalam bidang Ilmu , tukar kembali fakta-fakta palsu yang dipasak dalam minda kita . Contohnya fakta mengenai zaman batu dan sebagainya . Apakah benar-benar wujud sedangkan setiap zaman Allah utuskan rasul ? Cuba fikirkan sejenak .

Last but not least , ada banyak lagi ciri yang perlu dihuraikan tetapi melihat kepada masa yang ini sahaja termampu . Semoga entry ini dapat menyedarkan kita semua bahawa visi belum berakhir . Mahu atau tidak kita tetap hambaNya . Ada amanah berat yang masih dipikul . Amar Makruf Nahi Mungkar . Kalau pendakwah hanya orang yang sempurna justeru tiada pendakwah di bumi ini . Ingat , kita tak tahu bila Perang Dunia Ketiga berlaku tapi kita perlu bersedia . Jangan hanya leka . Jangan membiarkan kita menjadi agama yang lemah . Buka mata buka telinga . Lihatlah apa yang terjadi di Mesir , Syiria dan sebagainya . Apakah kita mahu perkara itu menimpa bumi Malaysia . Jika kita alpa dan hanya berebut perkara yang sia-sia tak terkejut kita juga bakal menyusul . Wallahua'alam .


(Islam itu kuat hakikatnya kerana kita ada Allah)

Jangan bila sudah terhantuk baru terngadah .

Comments