Jantung Bagai Terhenti

ASSALAMUALAIKUM ^.^

Note : nak lagi feel play video (lagu) uh siap-siap :)
First at all syukur ke hadrat Ilahi kerana dgn izinNya aku masih dapat menghela nafas pada hari ini. Syukur juga dia masih menunjukkan jalanNya. ALLAH , dia berkuasa membolak balikkan hati kita dan mudah-mudahan ditetapkan dalam dinNya, ameen -__- Lama betoi kan aku tak menghupdate blog? Ya la wirawati ni baru pulang ja. Balik balik teruih result keluaq, OHMYY ! syok sgt =.='

Jantung bagai terhenti , otak bagai tak mampu berfungsi . Jam di dinding dewan SMS Kubang Pasu menunjukkan jam 12 tgh hari. Pengumuman 33 orang yg berjaya mendapat kesemua A. Hanya 33 org shaja. DUB DAB DUB DAB.
Mama abah sering kali kaleh tengok aku. Sorang demi sorang nama dipanggil. "Bila nama aku dipanggil ni? Insya Allah" hati cuba menenangkan hati. Hati berdesis 7A trial insya Allah boleh. "Mcm mana kalau tadak dlm senarai? Hati please redha okay?" hati cuba menenangkan diri bila semakin ramai nama disebut. "okay sekarang kita pergi kpd yg berjaya mendapat 10A dlm SPM" jantungku bagaikan terhenti. ALLAH.. aku pandang wajah mama abah sekilas. Sayu. Tiada kata yg mampu menggambarkan perasaanku kala itu. "Mama, mama redha dak dgn result nina? maafkan nina sbb tak mampu jgk bg straight a kat mama abah" mata semakin merah. Hanya kesedihan bercampur keredhaan. Aku pasrah, air mata cuba ku tahan sebolehnya.

*Syafieqah Rani is calling* dia kata dia speechless. Nama dia pun tak dipanggil sedangkan kami antara target sekolah. Kami antara 15 org yg jd target sekolah (X-Aplus) yg ditugaskan mengajar rakan-rakan. Aku meluru ke arah Pikah. Air mata tak mampu ku tahan. Menitis setitis demi setitis. Aku sedih bkn kerana apa kerana aku menjadi anak yg seterusnya yg menghampakan harapan mama dan abah. "maafkan nina tak mampu jd anak yg terbaik" sayu sekali hatiku memandang wajah mereka. "Pikah jom ambil result kita, kita kena redha ni ujian ALLAH. Mungkin tadak rezeki kan?" bibir digagahkan mengukir senyuman walaupun senyuman kelihatan hambar.

ALLAH ALLAH ALLAH. Hanya perkataan itu terucap apabila aku tiba di kaunter kelas. "Ya ALLAH farah A+ sampai 7 tapi sayang BI kamu B+" air mataku tak mampu diseka lagi. menitis tanpa henti. ASTAGFIRULLAH. ASTAGFIRULLAH. Dikuatkan hati tapi tak mampu dikuatkan mata. "ALLAH mengujimu syg, mungkin Dia nak elak drpd riya'" hati cuba husnodzon :) lagi menyayat hati bila dua org junior yg slalu mai study ngn aku try to calm me down *Amira Azawani dan Kamelia* pelukpeluk dok bagi semangat tapi still mcm tu lahh air mata mcm hujan. smpai basah la slip SPM tu..ish ish =.='

Lagi memeritkan bila usha tawaran JPA MARA suma nak A- at least utk BI. senang cerita depa nak straight a's utk dentistry, medic ke oversea. ALLAH. ALLAH. ALLAH. Ampuni aku kerana pernah terlintas dlm hati "mengapa ALLAH mengujiku sebegini? sedangkan aku mampu" Ya ALLAH ampuni aku, aku lupa aku hanyalah hamba. Aku bukan sesiapa. Aku hina, aku lupa kepandaian yg sementara ini milik Mu dan akan kembali kepada Mu. Aku lupa aku hanya mampu berusaha tapi ALLAH yg berhak menentukan. ALLAH. ALLAH. ALLAH. Aku juga mungkin lupa hidup di dunia adalah semata-mata untuk kembali kepadaMu. Aku juga lupa menuntut ilmu bukan kerana straight a's tp kerana ALLAH dan membina ummah. ALLAHUAKBAR !

Ya, jantungku memang terhenti kerana B+ itu ialah B.Inggeris sedangkan BI merupakan subjek tetap aku dpt A dlm setiap exam before. 7A+ 1A- 1B+ Mana silapnya? Silapnya ialah di sini, HATI. Silapnya di sini, FIKIRAN. Aku tersedar dan kita harus sedar bahawa kita hamba. Kita tak mampu menentukan kejayaan kita. Kita harus ingat adanya USAHA --> TAWAKAL --> REDHA. Alhamdulillah, setelah diuji baru aku mengerti apa yg ALLAH cuba sampaikan. Mungkin juga ini merupakan kafarah dosa dan mungkin juga ALLAH nak elakkan diri drpd terlalu taksub dgn dunia. Dan mungkin ALLAH nak aku muhasabah diri adakah silapnya dgn manusia sehingga Dia menyukarkan sedikit? SUBHANALLAH. Indah benar perancangan ALLAH. Sungguh teguran ALLAH itu pelbagai caranya. Memang hati berasa sayu kerana tak mampu memberikan pulangan lumayan kpd jasa ibu dan bapa tapi aku yakin dgn kuasa ALLAH. Sungguh dia memberikan apa yg kita perlu bukan yg kita mahu.

"Mama abah, kalau mama abah redha insya Allah nina turut redha. Maaf kerana hasrat nina nak bagi 9A+ tak kesampaian. Tapi tapa akan nina buktikan kelak, di universiti. Akan nina buktikan bahawa nina mampu menjadi yg terbaik dgn izin ALLAH." Manjadda wajadda ^.^ I believe that but bear in mind if ALLAH wills as we are servants. ALHAMDULILLAH aku diuji sedangkan ramai diluar sana yg dibiarkan lalai. ALLAH ALLAH ALLAH. "Tapa, kalau ALLAH berkuasa tutup satu pintu insya Allah dia mampu bukak 1001 pintu lagi" nasihat kakcik. Aku tersedar, ya rezeki itu banyak cabangnya. Allah permudahkanlah kerana Aku yakin seperti kalamMu "setiap kesusahan pasti ada kemudahan" ayat surah al-Insyirah :) Hati, tolong husnodzon dgn ALLAH okay? Ingatlah kenapa diri diturunkan di dunia, bukan kerana mengejar dunia bukan? "tidak aku ciptakan JIN dan MANUSIA kecuali utk beribadat kepadaku" -kalam ALLAH- So, apa yg kau kejar dalam dunia ni kalau bukan redha ALLAH kan? Ya, dunia perlu juga kejar agar ISLAM tak mundur tapi ingat. Jika kamu mengejar dunia, dunia akan datang kepadamu tapi tidak akhirat. Tapi andai kamu mengejar akhirat insya Allah dunia akan turut serta. Letakkan akhirat di hati tapi dunia hanya di tangan. Jadikan kejayaan dunia semata-mata untuk menjadi saham pembantu di akhirat kelak bukannya cukai untuk ke NERAKA. WALLAHUA'LAM !

*********************************************

       HIDUP BIARLAH KERANA ALLAH ^.^     





Comments