Demi UMMAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum warahmatullah to all readers. Yang pertama dan utama syukur ke hadrat Ilahi kerana dgn izinNya dapat kita menghirup udara yang merupakan rahmat dan kekuasaanNya. Syukur juga dgn rahmatNya kita masih dikurniakan nikmat Iman dan Islam yg tak terhingga nikmatnya. sedangkan ramai di luar sana yang mungkin mencari tapi masih tidak temui. Semoga dikekalkan nikmat ini sehingga ke denyutan terakhir. Aameen ^.^

Perbetulkan niat, bacalah dengan nama Tuhanmu. Perbetulkan niat, tulislah dengan nama Tuhanmu. Sungguh hanya Dia yang mampu menilai segala sesuatu.

hee yup ^.^


Okay, guys actually kali ini tajuk yang cukup heavy tapi atas dasar persaudaraan akan saya huraikan. Hakikatnya hati ini semakin nazak melihat ummah hari ini. Sungguh hati ini semakin pedih melihat kepincangan ikatan persaudaraan sesama Islam hari ini. Mungkin entry kali ini menjadi medium bagi saya memperjuangkan sesuatu yang saya sebut 'DEMI UMMAH'.

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
 (Surah Al-Hujurat, 10)

Ayuh kita buka mata buka telinga. Jangan lihat hanya dengan mata yang celik, tetapi lihatlah dengan mata hati yg celik. Pejam mata dan cuba tanya hati kita. Mengapa ummah semakin berpecah? Mengapa umpat-mengumpat, fitnah menfitnah semakin berleluasa? Mengapa tikam menikam semakin menjadi-jadi? Mengapa jatuh-menjatuhkan semakin meruncing? Mengapa hasad dengki antara ummah semakin merunsing? Buktinya santau, sihir dan segala perbuatan penganayaan hanya atas dasar iri. Mengapa? Dan persoalan yang paling penting mengapa saudara seIslam sendiri tega melihat saudaranya disakiti?

exactly. ALLAH yg maha Mengetahui :)


Masih sangsi dengan apa yang saya katakan? Renungkan dari hati, mengapa hari ini ummah sanggup melepaskan kata-kata kesat atas dasar politik. Mengapa ummah sanggup mencaci cerca atas dasar harta? Buktinya politik kita sendiri. Bukan saya nak sok pandai tapi saya berbicara dari hati dan saya harap hati anda juga mampu menerimanya. Contohnya antara UMNO/BN vs PAS. Memang tak dapat dinafikan bahawa masing-masing ada kelebihan dan masing-masing ada kelemahan. NOBODY PERFECT. Tetapi yang menjadi pertanyaan sekian lama, wajarkah atas dasar tertentu kita mencerca antara satu sama lain? Adakah ALLAH menghalalkan memaki *mencarut* atas dasar perbezaan pandangan? 

Cuba dalami hadis ini :
Ertinya : Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda : "Mencarut adalah sejenis sikap kasar. Manakala sikap kasar balasannya ialah NERAKA"
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Seharusnya sebagai ummah yang terbaik. Yang tahu salah tegur bukannya mencaci. Kalau begini sampai bila ummah nak maju? Yang ditegur, bukakan hati kerana ALLAH masih menyayangimu. Dan setinggi manapun ilmu agama kita, sehebat manapun ibadah kita, sejauh manapun kebergantungan kita kepada ALLAH, kita tiada kuasa mengkafirkan orang lain. Kita tidak boleh menganggap bahawa hanya kita sahaja yang betul. Adakah kita mahu tergolong dalam orang-orang yg takbur?

Ertinya : Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a., Nabi s.a.w. bersabda : "Tidak masuk ke syurga orang yang terdapat di hatinya walau sebesar zarah perasaan takbur"
(Riwayat Muslim)

Bicaralah dengan hati. Ya, saya sangat setuju hukum ALLAH ditegakkan kerana itu hak ALLAH. Itu sudah termaktub dalam al-Quran dan siapa yang menolak hukum ALLAH bererti dia menolak Islam itu sendiri. Hukum ALLAH tiada kompromi. Tetapi bukakan hati kita, seandainya tidak berpuas hati terhadap sesuatu pihak, adakah layak kita memakinya? Adakah kita yakin kita sudah dalam lubuk PAHALA? Dan mungkin di akhirat nanti kita papa sedangkan qiyamulail setiap malam, sedangkan sedekah sini sana. Kerana apa? kerana lisan kita. kerana tidak terjaganya lidah kita. Na'uzubillah. Hakikatnya mereka juga saudara seIslam. Sejauh mana keIslaman dan keimanan mereka serahkan hanya pada ALLAH. Kita tiada kuasa menakrifkan, kerana apa kerana kita HAMBA :')

Ertinya : Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w. bersabda : "Janganlah kamu berhasad-dengki, janganlah kamu menambah harga barang jualan untuk memperdaya org lain, janganlah kamu saling memarahi, janganlah kamu saling berpaling (drpd saudara kamu utk memutuskan talian persahabatan), dan janganlah sebahagian drpd kamu memutuskan pembelian sebahagian yg lain. Jadilah kamu hamba ALLAH yang bersaudara"
(Riwayat Muslim)

Apa lagi yang hendak kita nafikan? Hati semakin tenat melihat ummah hari ini. Pilu sekali. Kemana hilangnya semangat persaudaraan ketika zaman Rasulullah dan para sahabat? Lupakah kita betapa kukuhnya persaudaraan Muhajirin dan Ansar atas nama Islam? Lupakah kita pihak Ansar sanggup memberikan harta, isteri, perlindungan kepada Muhajirin atas dasar Islam, kerana ALLAH Ta'ala ? Lihat. Lihat. Betapa kukuhnya ukhwah yang dibina. Lihatlah betapa indahnya pabila ukhwah terjalin erat. Lihatlah betapa manisnya jika wujud kepercayaan sesama ummah. Tapi, buka mata kita. Perhatikan apa yang berlaku pada ummah hari ini. Sedih kan? Bukankah dakwah itu bukan saja hanya kepada yg sudah kenal ALLAH tetapi juga kepada mereka yang terbabas dari landasan ALLAH? Dakwah bukan mudah tapi berjuanglah bagaimana cara sekalipun demi ummah. Tidak cukup berjaya ummah jika hanya kita yg berjaya. Tidak cukup GAH ummah jika hanya kita yang gagah. Bagaimana pula yang diluar sana? Bukankah mereka juga ummah? Bukankah mereka juga hamba ALLAH? Dan tidak mustahil kita juga mungkin terbabas. Na'uzubillah. Sungguh hidayah itu milik ALLAH tapi tapi..

Renungkan ayat cinta ALLAH :
"Dan berilah peringatan sesungguhnya peringatan itu sungguh berguna untuk orang-orang beriman"
51 : 55

Cuba kita bayangkan seandainya semua umat Islam bersatu kerana ALLAH. Setiap umat Islam mampu bertoleransi kerana ALLAH. Setiap ummah sanggup tolong menolong kerana ALLAH. Setiap ummah sanggup berkorban demi ummah. Alangkah indahnya jika setiap ummah seperti saudara. Alangkah indahya pertama kali bersua sudah beramah mesra seperti bertahun bersama. Alangkah indahnya jika kepercayaan utuh antara ummah. Hidup terasa selamat. Hidup terasa aman. Bayang jika ada orang Islam yang baru membangun seperti memulakan perniagaan, semua ummah ingin membantu. Bukankah hidup terasa indah? Bukankah hidup semakin diberkah? Barulah Islam semakin kukuh, barulah Islam semakin gagah, barulah Islam semakin ditakuti, barulah Islam tak mampu dijatuhi. Bukankah itu indah? Bukankah indah jika satu gagasan Islam gagah mampu dibina? Ayuh kita pejam mata, cuba bayangkan. Indah bukan?

Persoalannya bagaimana hendak membentuk ummah sedemikian? Yang saling tolong-menolong. Yang tak sanggup melihat saudaranya disakiti. Yang tegur-menegur kerana ALLAH. Permulaannya di sini, hati. EGO. Demi ummah cuba rendahkan ego. Demi ummah cuba kawal lisan kita. Demi ummah cuba teguh mengukir senyuman. Demi ummah ayuh kita sahut seruan ALLAH.

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya."
(Surah Al ‘Imran, 103)


"Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." 
(Surah Al-Anfaal, 46)

"Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar."
(Surah Al-Anfaal, 73)

 See, ALLAH sangat menekankan mengenai perpaduan dalam kalamNya. Mengapa kita sebagai hamba masih ingkar dan bongkak? Sedangkan kita hanyalah hamba. Hamba yang hina. Siapa pun kita pada hari ini tak bermakna kita boleh menjatuhkan orang lain. Ayuh dengan nama ALLAH, bangkitlah kita semua dari keegoan kita. Bangkitlah kita semua daripada asyik mencari silap orang sini sana. Bangkitlah kita daripada terkinja kinja dengan hedonisme semata. Bangkitlah. Bangkitlah atas nama Tuhanmu dan Tuhanku, Tuhan yang Esa, ALLAH. Usah kita berpecah dek perkara remeh. Usah kita menunding dek membela diri. Ayuh kita bina semula ummah. Ayuh kita bangkitkan semula kegemilangan Islam. Kita itu siapa? Kita kita, selagi mana kita mengucap dua kalimah yang sama. Buanglah segala prasangka. Ayuh kita bantu ummah kita bermula dengan membantu diri kita.

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh." 
(Surah Ass-Saff, 4)

"dan orang-orang yang bersama dia (Nabi SAW) adalah sangat bertegas dengan orang kafir dan berkasih sayang sesama mereka"
(Al-Fath : ayat 29)

"dan Allah tidak akan memberikan jalan kepada orang kafir untuk mengalahkan / menguasai orang beriman"
(Al-Nisa' : ayat 141)

Janganlah kita yang melemahkan ummah tapi biarlah kita membina kepada kegemilangan ummah.
WALLAHU'ALAM ^.^


Comments