Hijrah Itu Manis ^.^

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya kita dapat sama-sama menghirup udara segar yg menjadi tunjang pernafasan hari ini. Dan syukur juga kerana masih dikurniakan nikmat yg cukup besar yakni nikmat iman dan islam. ALLAH ALLAH sedangkan masih ramai yang masih mencari cari nikmat ini.

 perbetulkan niat, bacalah dengan nama Tuhanmu. perbetulkan niat, tulislah dengan nama Tuhanmu, ALLAH tuhan yang Esa.

Baiklah, sudah sekian lama tak mengupdate ini blog entah kenapa hari ni terdetik nak tulis blog. Kepada sesiapa yang nak perbetulkan apa apa, or menambah or menolak dan sebagainya dipersilakan dgn hati terbuka. Saya hanya hamba yang kerdil, cetek ilmu di dada. Okay berbalik kepada tajuk 'Hijrah Itu Manis' . Suatu kenikmatan apabila ALLAH mendetikkan hati kita untuk berubah a.k.a hijrah. Benarlah hidayah itu milik ALLAH tapi takkan nak biarkan berlalu seperti angin lalu langsung tidak memberikan kesan? Tepuk dada tanya iman.


Cakap bab hijrah mesti ramai terdetik 'susahlah nak berhijrah, banyak dugaan dia' 'ishh aku ni dulu..' 'kalau aku pakai tudung labuh mesti org kata' 'aku ni gila-gila tak sesuai la' 'ishh satgi org panggil aku sutazah, tamau la' TETT.. itu masalah yang selalu menjadi penghalang seseorang or maybe kita nak berubah. PANDANGAN MANUSIA ! Siapa setuju angkat tangan? Okay turun balik nampak cam budak-budak..HAHA. Okay meh sini meh. Cuba dalami dan hayati surat cinta ALLAH ni :

"Dan di antara manusia ada sebagian yg berkata, 'Kami beriman kepada Allah' tetapi apabila dia disakiti (kerana dia beriman) kepada Allah, dia menganggap cobaan manusia itu sebagai siksa Allah*. Dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu, niscaya mereka berkata, ' Sesungguhnya kami bersama kamu' Bukankah Allah lebih mengetahui apa yg ada di dalam dada manusia" 
Surah Al-'Ankabut ayat 10.
*618-takut kpd kezaliman manusia spt ketakutannya kpd azab Allah lalu dia tinggalkan imannya itu*


        ALLAH ALLAH ALLAH. takut tak? ehem kalau nak berubah en en, first thing is ignore what people might say. I repeat ignore what people say. *peringatan untuk diri* Okay, senang paham macam ni lahh. Apa yang kita cari sebenarnya dalam dunia ni? Manusia atau ALLAH? Kalau ALLAH kenapa kita perlu ambil peduli tanggapan manusia kalau kita tahu hijrah kita tu untuk ALLAH. Take a deep breathe and think for a while. Seriously, sangatlah penat bila asyik asyik pikiaq apa orang kata kat kita. Eh aku buat camni satgi orang kata macamni. Sebab kita buat pi apapun tak semua manusia akan redha. Baik ka jahat ka. Okay sekarang kita cuba tukar persepsi tu kepada Allah. "Eh, kalau aku buat ni agak-agak ALLAH redha tak?" pahala pun dapat *insya Allah* , keikhlasan pun mampu dipupuk. Indah kan?

Itu first. Okay, Second. Berubah or berhijrah pelu slow slow tapi istiqamah. Boleh nak berubah drastik takut nanti susah nak istiqamah kerana perubahan yang dasyat. Siapa mampu sangatlah beruntung kerana saya tak mampu takut nanti tak kekal..huhu T.T Sebagai contoh dulu hamba ALLAH ni tak bertudung. So, dia mulalah dengan pakai tudung singkat then labuh sikit, labuh lagi dan finally ikut syariat. Haa macamtu lah. Masakan tiba-tiba nak berpurdah terus. kan? Impak tu kat kita jugak takut susah nak istiqamah kalau terlebih drastik ni tapi tiada yang mustahil dengan kuasa ALLAH. hmm..

Next, dalam proses berhijrah kemungkinan untuk kita melakukan kesilapan lalu itu ada dan mungkin besar. Nama pun manusia, asiy yakni lupa. So jangan berputus asa teruskan memohon ampun pada ALLAH. Jangan kita berputus asa daripada rahmat ALLAH. 

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, 'Kami telah beriman' dan mereka tidak diuji?"
Surah Al-'Ankabut ayat 2.

 Bina keyakinan diri apabila terjatuh, bangun semula. Teruskan perjuangan anda yang terhenti itu. Ayuh dalami lagi ilmu agama. Pupuk hati mencintai ALLAH. ehem cakap bab pupuk hati mencintai ALLAH kan, rasa ini perlu sentiasa dipupuk. Tak bererti hari ini kita sudah merasai kebergantungan pada ALLAH benar-benar kenal ALLAH kita boleh kurangkan usaha pada esok hari. TIDAK sama sekali. Iman kita sentiasa berbolak-balik, ada kala hari ni okay esok tak tapi itulah perlunya muhasabah diri. Renung balik diri kita, apa aku buat hari ni sebab takut takut orang yang merasakan dirinya cukup baik itulah sebenarnya hina di mata ALLAH. nauzubillahiminzalik. Kerana apa kerana hatinya.

Yang keempat, peliharalah hati anda. hati banyak sangat nak cerita. Siapa kata senang nak ikhlas kerana ALLAH, lillahi ta'ala. Susah memang susah. Para Ulama pun ada kata mereka belajar kenal ikhlas itu sampai bertahun-tahun inikan kita yang jangkal ilmu agama. Kadang-kadang terkandas jugak. Oleh itu, sentiasa tanya diri. Aku ni ikhlas kerana ALLAH ka? Sebelum memulakan apa apa ibadah tanya kat diri ikhlaskah aku? Latih hati, cuba sedaya upaya untuk ikhlas kerana ALLAH tak terima ibadah yang bercampur riya' . Wallahu'alam. Takut kan? So itulah usaha perlu ada. Dan dan, satu lagi bab hati. Ustaz Ustazah selalu pesan lemahnya seseorang manusia itu bila adanya insan dalam hatinya *yakni berlainan jantina* ehem. saya tak kata salah dan saya tak kata boleh. Seperti Ustazah Fatimah Syarha kata , cinta itu fitrah tapi perlu PAUSE sat. Sebab bukan masanya kan? sangatlah sedih bila ada sesetengah kaum hawa yang katanya nak berubah tapi tak mampu nak tinggalkan balak, pakwe, boyfriend dan sebagainya yang mengajak benda-benda tak baik sebab terlalu sayangkan si dia kononya. Persoalannya adakah kamu lebih sayangkan si dia melebihi Pencipta si dia? Okay camni lah cinta itu hadiah. Selayaknya kita lebih mencintai hadiah atau pemberi hadiah? Sekadar renungan bersama. Ini lah namanya berjihad menentang nafsu. Susah? memangla sebab jihad takda yang mudah.

"Negeri akhirat itu Kami jadikan bagi orang-orang yg tidak menyombongkan diri dan tidak berbuat kerusakan di bumi. Dan kesudahan yang baik itu bagi orang-orang yang bertakwa." 
Al-Qasas ayat 83.

Ayuh sama-sama kita cuba sedaya upaya singkirkan perasaan sombong daripada hati. Insya Allah :)
Last but not least :

"Barang siapa mengharap pertemuan dgn ALLAH, maka sesungguhnya waktu (yg dijanjikan) Allah pasti datang. Dan Dia Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui"
Surah Al-'Ankabut ayat 5
Sungguh ALLAH lebih mengetahui ^.^

Comments