Life is A Choice

بسم الله الرحمن الرحيم



SUBHANALLAH,
ALHAMDULILLAH,
ALLAHUAKBAR.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Dengan izinNya dapat juga saya siapkan entry yg terbaru ni. Kalau ada nak menambah, menolak, mendarab, bahagi dan sebagainya haa bolehlah komen or pm ja. InsyaALLAH saya berlapang dada. Bukankah hidup ini adalah perjalanan tarbiyah yg indah?

perbetulkan NIAT, bacalah dengan nama Tuhanmu,
perbetulkan NIAT, tulislah dengan nama Tuhanku.

Bismillah. Maafkan daku andai kalam ini mengguris. Namun biarlah ia membawa erti bukan sekadar dipandang sepi. Mudah-mudahan.

Okay, back to topic. Hmm, okay even topic cam cliche *lahaii* but still, i insist to write bout this. sebabnya manusia ni mudah lupa. kankan? *nangis* act, tatau camna nak start entry kali ni hmm.. but for me, entry ni sgt sgt penting plus plus untuk yg masih was was dalam hidup ni.

"wehh aku dalam dilema la hmm, nak ke tak eh?"
"as long kalau benda tu ALLAH redha, aku akan sentiasa support hg weh"

baiklah, tipulah kalau kita ni tak pernah langsung diuji. tapi perasan dak, kita selalu diuji dgn apa kita cakap. kalau perasan la. saya biasa ja dulu ckp tak suka couple and all of sudden, senior sekolah yg dah lama tak jumpa, contact tiba-tiba contact dan kononnya nak serious. *time tu baru form 3 weh --'* 
see? bukannya nak highlight couple tu tapi nak highlight ALLAH akan uji apa kita cakap. selalunya. so, kita kena stick dgn percakapan kita. dan kuat la lepas tu.

"eh kenapa kena stick pulak?"

"aku tak berani la ckp kenapa, sbb aku ni belum master ilmu tafsir tapi kau tengok la ayat ni"
sambil bukak Surah Saff ayat 2-3 dan tunjuk tafsir. dan akhirnya, kedua-duanya menangis.

and yeah, please rajinkan diri bukak surah Saff ayat 2-3. Pasai apatu? meh makcik bagi translation based on Quran Translation la noh :
"Wahai orang-orang yg beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yg tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi ALLAH jika kamu mengatakan apa yg tidak kamu kerjakan"
Okay, no wonder depa dua nangis. persoalannya berapa kali dah kita cakap tapi kita tak buat? okay, nangis lagi. yeah, i know it's not easy to change something which have been your life or even your soul but it's worthy to sacrifice. for the sake of ALLAH. not dunya. senang cakap, syurga tu mahal, pasti perjuangan ke sana pun mahal kankan? kalau nak dpt four flat pun kena pulun inikan pula syurga weh. mungkin kena bermati-matian dulu baru dapat. ALLAHU.. 
berjuanglah. berjuanglah untuk berubah. berjuanglah untuk menggapai redha ALLAH. berjuanglah kerana setiap titisan air matamu pasti dibalas olehNya. Yakinlah :) 

jadi mengapa risau jika matamu membengkak kerana terlalu kerap menangis kerana sakit di dunia jika air mata itu mungkin menjadi pemadam api neraka. mengapa takut cacian manusia yg cuba menghina kita jika itu menjadi hujah di mashyar kelak. senyum :)

aku tak kata mudah. dan hijrah itu tak pernah mudah. kita selalu rebah dalam hijrah. tapi yakinlah ia tidak pernah sia-sia. Allah Maha Mengetahui. JUSTERU, apakah yg menghalangmu dari merangkak ke jalan ALLAH? JUSTERU, apakah yg menghalangmu daripada berlari ke jalan ALLAH?

mungkin di perjalanan adanya duri. Itu mehnah hidup.
mungkin di perjalanan adanya tembok. itu godaan hidup.
tapi melangkah lah dan terus melangkah.
kerana kita tak pasti penghujung kita.

andai sudah separuh melangkah. usah ditoleh ke belakang andai itu membawamu kembali ke jahiliah. usah menoleh ke belakang andai itu menjauhkan kamu dan mencarik jiwa hijrah.
USAH TOLEH. USAH TOLEH.
kerana itu kunci hijrah. percayalah. ianya tak mudah dan tak pernah mudah namun ianya berbaloi. apakah yg lebih indah daripada indahnya zon hijrah? percayalah ALLAH tahu setiap tangisan kita utk hijrah.
cuma JANGAN berhenti melangkah.

kerana di penghujungnya, kita pasti menemui hijrah itu sangat indah. bilamana kita mampu say byebye kepada jahiliah. kita temui hijrah sgt indah bila kita tahu kita berjaya melawan mehnah. ianya sangat indah. apakah yg lebih indah jika kita berjaya lakukan sesuatu utk mencari redha ALLAH sedang kita punya pilihan untuk puaskan nafsu? yakinlah. yakinlah. ianya tidak pernah sia-sia.

last but not least,

wallahu'alam. 

sekadar perkongsian kecil buat pencari hijrah :)

(a good motivation)

Comments

Post a Comment