PERJUANGAN KEMBALIKAN CINTA

بسم الله الرحمن الرحيم




Assalamualaikum warahmatullah. Alhamdulillah, yang pertama dan utama syukur kepada Allah, Tuhan sekalian alam kerana dengan kehendakNya kita masih dikurniakan nyawa olehNya. Tapi jangan syok sangat, kita tatau bila turn kita *nangis T.T*


"Amboi tajuk dasyat sungguh. Jiwang karat kauu.. Aipp sapa org tu? ^___^" 
"Eh, cup sat cer baca dulu. Emm, kau ingat cinta tu laki perempuan ja? Hekelehhh"

Perbetulkan NIAT, bacalah dengan nama Tuhanmu..
Perbetulkan NIAT, tulislah dengan nama Tuhanku..

******************please play the video, taubat by opick******************

Sebelum tinta bergerak laju. Sebelum kata mula bermadah, author nak minta maaf banyak-banyak sebab tak sempat nak update banyak lately. Blog pun dah semakin usang *sigh*. Namun, hari ini atas nama Cinta, hamba yg daif ini akan bercerita mengenai sesuatu. Semoga inputnya menjadi pedoman dan kelemahan dijauhkan. Aamiin~

Dalam menyelusuri hidup pasti ada jatuh dan bangun kankan? Tapitapi macam mana kalau jatuh tak bangun-bangun? Hmm, 3 kali jumaat lagi kot *selingan herher*

Begitulah diri yang hina ini. Kekadang aku malu dengan Allah. Sebab apa? Sebab nak mencintaiNya dengan setulus mungkin tapi selalu terbabas. Tipulah kalau hati tak tengok dunia langsung. Tipu la kalau pointer dapat rendah tak nangis. Tipu la kalau dalam hati tak teringin nak tu nak ni *dunia*. Tipulah kalau tak teringin tengok kawan-kawan bergaya sini sana, Tipu la kalau sekelumit pun tak terfikir, aku sampai skrg tak berpunya. eheh? hahaha masalah betul.

Kekadang tu aku malu dengan Allah, sangat! Sebab apa? Aku
sering kata nak jadi hamba yg taat tapi perilaku sering tak seiring. Dosa masih bertimbun. Allahu. Nangis taknak buat dosa yg sama tapi dok sat terbabas jugak. Hinanya akuu T.T Kekadang tu aku jugak malu sebab aku tahu Allah suruh tundukkan pandangan but still kekadang tu terlepas pandang jugak *sigh* Aku juga malu bilamana aku tahu ikhtilat kena jaga tapi kadang tak semena alpa dan lupa.

Hmmm... Pernah tak, satu hari tu kita tengok kiri tengok kanan dan fikir. Apa yg kita cari sebenarnya ni? Apakah semua ni akan teman aku dalam kubur nanti? Pernah tak suatu saat tu rasa nak nangis, sebab apa sebab malu sangat sangat dengan ALLAH. Malu sebab Allah memberi nikmat macam-macam kat kita but still dosa tak pernah terlepas. Dan pernah tak suatu masa tu kita rasa sakit, sakit sangat. Bukan sebab manusia, tapi sebab hati. Hati meronta nak abdikan hanya ALLAH dalam hati. Hati meronta nak nikmat yang cukup besar iaitu nikmat kemanisan iman. 

Kita menangis sebab kita dah cuba buat macam-macam untuk kembalikan cinta, but still hati mudah sangat berbolak-balik. Pagi mungkin beriman petang iman tu dah menurun. Sakit sangat sangat. Lagi sakit bila kite pernah rasa, kita pernah rasa jantung berdegup untukNya. Nafas dihembus keranaNya. Langit indah teringat Dia. Azan bergema, rindu si Dia. Terlihat pepohon teringat si Dia. Namun mengapa kini jantung tidak lagi berdegup seperti dulu Namun mengapa kini rindu tidak seharum dulu? Mengapa? Kesakitan dan keperitan yang amat sangat bila itu terjadi. Seperti satu kekosongan yang tiada jawapan.

Ditakdirkan ALLAH suatu hari..


Kisah Pertama ;

"Ustazah, saya ada soalan" melihat kiri dan kanan sebelum memulakan soalan. Masih segar di ingatan, hari itu merupakan malam Study Circle (usrah). "Ya, ada apa?" Seraut wajah yang cukup tenang yang menenangkan mereka yang disekelilingnya (ustazah Sadrina, semoga Allah merahmatinya..aamiin) "Ustazah, kan iman..err hati kita ni berbolak balik kan.. emm, macam mana eh nak kembalikan nikmat tu..err cinta tu" senyuman dilemparkan oleh ustazah. "Apa yang kamu rasa?" Dikuatkan hati untuk bercerita. Hampir menitis air mata. Hiba. "Kenapa ustazah, sekarang ni susah sangat nak dapat khusyuk dalam ibadah, ada ja yg menghalang." Kena sekali soalan dengan tajuk usrah pada malam itu *purification of heart*. "Hmm, kalau macam tu kena check hati balik. Sbb dalam Islam ni mostly berkaitan dengan hati. Kamu cuba check takut-takut amalan bercampur riya', dalam solat teringatkan dunia, mengharapkan sesuatu selain keredhaan Dia ataupun dosa" terdiam seketika. "Lagi satu, banyakkan berzikir, solat sunat taubah, istighfar. Buat solat sunat dhuha ke.." "Terima kasih ustazah, tapi ustazah.. macam mana kalau dah cuba tapi still tak rasa nikmatnya ustazah? Kadang tu solat macam tak feel pun.." Senyuman dilemparkan lagi. "Sebenarnya kan, ALLAH bagi iman menurun pun sebenarnya satu nikmat" "HAH??" "Sebabnya, Allah nak kita sedar bila iman tu menurun, Allah bagi kita cari Dia balik. Berusaha. Berusaha. Jatuh, bangun balik. Kejar cinta Dia. Sebabnya, bila iman tu menurun, kita berusaha kan supaya meningkat balik kan? Dan kekadang tu iman yg baharu ni lebih solid daripada sebelumnya. Lagipun, barulah kita tahu bertapa berharganya nikmat khusyuk, kemanisan iman tu bila kita mulai merasai kehilangannya. Wallahu'alam"


Kisah Kedua;
Satu hari dalam kelas Ustazah Ashikin, (atas sebab tertentu tukar ustazah Study Circle) Masih segar dalam ingatan hari tu sambungan presentation. Satu part yang paling saya ingat.. "Kalau kamu semua susah sgt nak menangis cuba banyangkan nanti di Padang Masyhar Allah panggil dia tu dia ni masuk syurga tapi Allah tak panggil kamu. Apa kamu rasa time tu? Diabaikan pada saat yg genting. Sekarang cuba fikirkan berapa kali kamu abaikan perintah Allah, berapa kali kamu lupakan laranganNya?"    

Cukup menusuk kalbu.

"Dan kepada mereka dikatakan 'Pada hari ini Kami melupakanmu sebagaimana kamu telah melupakan pertemuan (dgn) harimu ini; dan tempat kembalimu ialah neraka, dan sekali-kali tidak akan ada penolong bagimu. Yang demikian itu kerana sesungguhnya kamu telah menjadikan ayat-ayat ALLAH sebagai olok-olokan, dan kamu telah ditipu oleh kehidupan dunia..' Maka pada hari ini mereka tidak dikeluarkan dari neraka dan tidak pula mereka diberi kesempatan untuk bertaubat"
(Al-Ahqaf :34-35)

Kesimpulannya, kehidupan kita adalah sebenarnya pencarian. Pencarian mencari jodoh? *amboi gatai --'* nope. Pencarian mencari cinta. Mengenal Pencipta. Mungkin sesetengah dari kita dalam proses pencarian terjatuh, tersungkur. *salah seorang* tapi yakinlah, ALLAH tak pernah zalim pada kita, kerana zalim itu sifat mustahil bagi ALLAH. tapi kita yang selalu menzalimi diri sendiri. Kita alpa dengan dunia. Kita mahukan sesuatu yang tiada penghujungnya. sebab tu kita mudah tersungkur. Namun, pabila tersungkur. BANGKITLAH. BERUSAHA dan terus BERUSAHA. menangislah kepada si Dia. Menangis dan terus menangis memohon agar ditetapkan hati. berjuanglah melawan tuu (syaitan dan hawa nafsu) ALLAH Maha Melihat. besar ka kecik ka ALLAH Maha Mengetahui. yang penting jangan berhenti berjuang. Berjuang mencari cintaNya.



Wallahu ta'ala 'alam.


(lagu buat pendosa)










Comments