atas nama CINTA

بسم الله الرحمن الرحيم


Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum semua. hye hye awak semua :DD*eheh terover excited pulak* almaklumlah dah lama menyeru supaya idea dan masa nak update blog datang but unfortunately baru sekarang beliau tiba. -sigh-

Pertama dan utamanya, ayuhlah sama-sama kita bersyukur kpd Khaliq, kerana sedar tak sedar terlalu banyak nikmat yang dikurniakan ALLAH pada kita. "maka nikmat apakah yg engkau dustakan" T.T 

***perbetulkan niat, bacalah dengan nama Tuhanmu***
***perbetulkan niat, tulislah dengan nama Tuhanku***

Sebelum tinta bergerak mara, sebelum tajuk mula utara. Saya memohon jasa baik anda semua untuk sedekahkan al-fatihah kpd hati saya yang sarat dosa dan doakan juga supaya kita semua dimatikan dalam iman dan taqwa. aamiin. thanks, semoga malaikat turut mengaminkan buatmu ^.^

Baiklah, ehem. ~atas nama cinta ku relakan...~ *tepukan gemuruh* K terima kasih semua atas tepukan tadi hihi. maaf selingan terlalu banyak. back to topic, what do you think the elaboration would be? Hmm, percayalah entry kali ini di update ats nama cinta daripada insan yg hina ini.

"hang ni tak habih2 cinta weh.. senak perut aku"
"awat hang tak pernah bercinta ka?"
"mestilah tak, aku mahal"
"nak tanya, so then hang beribadah atas dasar apa?"

sentap dok? haha saya tak reti sgt teknik sentap menyentap ni =.=' cliche manusia, bila cakap 'cinta' mesti benda first keluaq kat otak mesti laki dan perempuan. and i'll be like -,- Definisi cinta tu luas babe, awt nak sempitkan?

Tapi entry kali ni ehem, more on self reflection. sebab rasanya sebelum ini ada dah sentuh bab cinta sikit-sikit. 


Memetik kata-kata Abu al-Laith r.a di dalam Mukasyafah al-Qulub 
"Tanda takutnya seseorang kepada ALLAH terzahir pada 7 perkara: lidah, hati, mata, perut, tangan, kaki dan ketaatan"

Situasi 1 :
Ahmad ni dia arif ilmu agama, tapi masalahnya pengaplikasian dan dari sudut penjagaan hati. Dia mudah sangat memandang rendah kepada org lain atas dasar merasa dia serba tahu. nauzubillah.

Baiklah, yeah hidup ni satu ujian. setuju angat angat. Kau tahu banyak pun sebenarnya satu ujian. "Jangan ingat kamu yg tahu banyak ilmu agama ni paling baik. Org yg arif ilmu agama ni lah banyak hisabnya" ustaz Faizal. See, i told you. masih terngiang-ngiang ayat ustaz Faizal dalam otak saya. Hakikatnya, kita belajar ilmu agama pun ALLAH ta'ala yang izinkan. hatta kita buat kebaikan sekecil-kecilnya pun ALLAH yg izinkan. namun mengapa kita rasa kita paling mulia? Hakikatnya, apabila dah belajar ALLAH pasti akan tanya kelak apa kita buat dengan ilmu tu. Adakah kita amalkan? Adakah kita bantu sahabat-sahabat yang lain? Syaitan juga akan mula bisik-bisik bahawa kita baik orang tak. kita betul org lain tak *ish nak kena sungguh deni yakni syaitan*

Sahabat-sahabatku, ingatkah engkau akan kisah Sumaiyyah? Ingatkah engkau akan kisah Zinirah? Ingatkah engkau akan kisah Bilal bin Rabbah? Persoalan saya, adakan mereka berkesempatan mendalami ilmi agama sedang di masa itu Islam baru sahaja berkembang? Bagaimana hebat ujian mereka? Dasyat kan. kalau letakkan kita ada tempat mereka, agaknya apalah akan jadi kan? Apa yg saya cuba sampaikan ialah, penghayatan itu lebih penting daripada ilmu tanpa amal. PENGHAYATAN. Apa guna kalau belajar ilmu tasawuf, bab-bab hati.. Riak, ujub, takbur, sum'ah dan sebagainya tapi kita tak cuba buang dari diri. Adakah itu namanya kita sudah beramal dengan ilmu? Adakah kita sudah beramal dengan ilmu jika kita tahu bahawa Islam ajar kita utk bersangka baik sebanyak 70kali sehingga penat bersangka baik barulah dibenarkan bersangka buruk? Pejam mata, tanya hati kita.

Justeru, mana silapnya. Adakah silapnya pada ilmu? Atau silapnya di sini *hati* Hakikatnya, ilmu itu sepatutnya menjaga kita. Jadilah seperti resmi padi, makin berisi makin tunduk bukannya seperti belon, makin berisi makin tinggi dan akhirnya hanyut bersama angin.

Tugas kita ialah menyampaikan bukannya menghukum kerana kita sendiri tak pasti apakah penghujung kita. Ingatlah pada hari terungkai segalanya. Pada hari terungkai dari sekecil-kecil perkara kepada sebesar-besar perkara. Tak takutkah kita? ALLAH beri nikmat buat kebaikan ni pun sebenarnya satu ujian. Ujian bagaimana kita hendak menetapkan niat ikhlas hingga ke akhirnya. Maka apakah langkah kita?

Situasi 2:
Siti ni seorang yang baik namun sukar menundukkan pandangan. Dia juga susah sekali khusyuk dalam solat dan otaknya selalu menerawang ketika solat. huhu. Dia tak merasakan apa-apa ketika solat fardhu mahupun solat sunat. Hatta qiyamulail sekalipun. 

Baiklah, suka saya highlight kata-kata Imam al-Busairi r.a "Dan air mata akan mengering disebabkan mata telah penuh dengan perkara-perkara haram. Maka perbanyakkanlah kesedihan dan benci daripada melakukannya"

Saya pernah bertanya ustaz, "Ustaz benarkah kalau seseorang tu tak menjaga pandangan mata, dia susah nak dapatkan khusyuk solat?" dan jawapan beliau ialah ya. "konsepnya bila kita tengok benda yg haram, hati kita akan kotor, dan hati yg kotor ini susah untuk dapat khusyuk dalam solat" jawab ustaz. see, penting sangat sebenarnya jaga pandangan mata T.T kalau tak percaya, cuba jaga pandangan mata untuk sehari-dua, pasti akan rasa kelainan dalam solat. Dan hmm, kalau kita sukar menangis kenangkan dosa, nangislah kerana ketidakmampuan kita. Itu tandanya hati kita sedang sakit. TSKK t.t Imam al-Ghazali r.a pernah menyuruh kita menangis walaupun dengan cara memaksa diri ataupun berpura-pura. Hal ini kerana, ulama' menyatakan bahawa mata yg susah menangis merupakan salah satu daripada tanda kerasnya hati. Allahu...

In conclusion, pertama.. janganlah kita merasakan kita sudah baik kerana kita tak tahu ukuran baik bagi 'sisi' ALLAH. siapalah kita untuk menilai. namun kita punya al-Quran dan hadith sebagai rujukan. kedua, ayuhlah sama kita titik beratkan sekecil-kecil perkara hingga ke sebesar-besar perkara. cubalah sedaya uapaya untuk menjaga pandangan mata contohnya.. dan ehem, ada ayat ALLAH yang cukup menyentap jiwa saya.. *ini hanya terjemahan secara literal, mohon jangan tafsir tanpa ilmu ^__^*

"Dia mengetahui pandangan mata yang khianat dan apa yang disembunyikan di dalam dada" (Ghafir : 19)

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar."
(Ali-Imran : 142)



wallahu ta'ala a'alam.




Comments