WHO SAY?

    بسم الله الرحمن الرحيم


Bismillah dan alhamdulillah.
Seperti biasa, panjatkan kesyukuran kerana masih diberi peluang untuk menjadi hambanya yg lebih baik daripada semalam. Syukur dan syukur kerana masih dikurniakan dua nikmat yg besar iaitu iman dan Islam.

PERBETULKAN NIAT, BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU.
PERBETULKAN NIAT, TULISLAH DENGAN NAMA TUHANKU.

Aku heran bila lihat ada manusia yang sering kali menghukum dan menilai.
Andai aku pernah sedemikian, ku pohon seribu keampunan kepada anda-anda semua yg mungkin aku pernah sedemikian. 

Aku heran kerana aku juga begitu dahulu.,
Terbuai dengan kata-kata syaitan. Yang mana aku berhak menghukum lebih daripada membimbing. Sedang aku lupa hanya ALLAH yang berhak menghukum. Namun apabila tersedar ku rasakan diri ini sgt hina. Sedangkan Rasulullah mendoakan umatnya sedang nyata ke degilan an mereka *kisah Taif* Lalu siapa kita untuk menghukum namun tak membimbing?

Sedarkah kita terlahir bukanlah terus baik.
Dan kita juga tak pasti apakah penghujung kita baik atau sebaliknya.
Justeru di mana authority untuk menghukum dan menilai?
Yang paling aku hairan bila manusia kian menilai hati insan yang lain. 
Sedang nyata dalam al-Quran hanya Allah yang tahu.

Yaa, mungkin mereka sudah baik namun sedarkah kebaikan itu bisa terhapus sekelip mata jika ALLAH menginginkan?
Sedarkah bahawa kebaikan itu bisa terlaksana dengan kuasa Dia yang Maha Berkehendak.
Lalu apa yang mengaburkan matamu?
Lalu apa yang membuatmu yakin bahawa syurga milikmu sehingga engkau bisa menilai yang lain?
Sedarkah kita bahawa kita hanya manusia biasa. Yang penuh dengan noda. Yang tak mungkin sempurna. Yang selalu terjatuh di lembah hina. Sememangnya kita inginkan semua akur perintah Tuhan namun bukan dengan cara menghukum. Kita tiada authority. Kita lemah.

Sekian, lukisan hati si Pendosa.

Sincerely,
-pendosa- 

Comments