Tuesday, 22 December 2015

WHY IT'S A NO


  بسم الله الرحمن الرحيم


Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!
Assalamualaikum warahmatullah semua yg dihormati dan dikagumi. acewah.
Alhamdulillah 'ala kulli hal.
Alhamdulillah juga ALLAH masih kurniakan nikmat yg cukup besar, iman dan Islam.
Dan alhamdulillah juga kita diberi semula nikmat udara segar, teringat time jerebu teruk tu.. rasa tersiksa sgt jiwa dan raga..huhu


Betulkan niat,

Baiklah, kali ini aku akan berkongsi kisah kawan kepada kawan aku. Namanya ialah TEETT, maaf terpaksa dirahsiakan atas sebab tertentu.. Tapi sebelum tu kalau siapa yg rasa sebu tak suka baca kisah kisah mcm ni saya nasihatkan tak payah baca.

Al-kisahnya kawan kpd kawan saya ni dilamar oleh seseorang yang tak dikenali, lebih kurang rumah dekat-dekat dengan rumahnya. Orang itu boleh kata menggunakan cara yang baik, orang tengah yg thiqoh *dipercayai* dan menyatakan hasrat ingin 'taqdim' kawan kpd kawan saya ni. Tapi mcm biasa prosedurnya tanya dulu dah bertunang belum, dah berpunya belum, ada pilihan keuarga belum dan sebagainya.. Kawan kpd kawan saya ni apa lagi gelabah gila la, bila bukak messenger ada org meluahkan hasratnya. Mau tak sejuk dia pagi pagi hari lepas balik solat subuh.

 Dan apabila diteliti lelaki itu memang seorang yang baik pada zahirnya, muka masjid, keturunan yang baik (sudah kenal mak ayah kwn kpd kwn saya) ada rupa, ada basic agama juga, berpendidikan dan sebagainya.

Namun jawapan kawan kepada kawan saya ni still a no.
So why it's a no?
Banyak sebab yg gadis tu keluarkan dan saya mcm agak bersetuju dgn sebab dia.
Antaranya,

1. 
CINTA UTAMA
Cinta utama ialah cinta ALLAH dan Rasul.
Maka, gadis tu nak fokus satu benda yang penting dulu iaitu hubungan dia dgn ALLAH dan ibubapa, nak kata gadis ni nak letakkan cinta ALLAH dan rasul nomnbor 1 dulu dalam hati dan selagi mana cintanya pada ALLAH dan Rasul belum kuat dan utuh maka mengapa hendak ambik risiko membuka ruang agar cinta manusia masuk ke hatinya. Dia khuatir andai kelak cinta manusia yg menguasai hatinya.
Dan gadis itu juga nak berbakti sepenuhnya pada mak ayah sebab kalau dah kahwin tanggungjawab kepada suami dan keluarga suami tu lebih diutamakan.

2.
BELUM WAKTUNYA
'never rush in anything' tu lah fikirnya si gadis. Belum sampai waktu untuknya terikat dengan sebarang ikatan. Dia masih muda, ya tak dinafikan salah satu ciri keberkatan seorang wanita ialah awal pernikahannya namun kalau si gadis tahu dia tak bersedia mengapa nak ambik risiko? Dan banyak lagi benda yang perlu dia belajar sebelum masuk alam itu hatta fikirkan mengenai alam itu. Ilmu fardhu ain ke mana, ilmu pernikahan ke mana, ilmu rumahtangga ke mana. Banyak benda lagi yg kena belajar.

3.
MENJAGA HATI
Dan ini antara sebab terbesar kenapa dia tolak walaupun lelaki tersebut orang yang baik. Siapa mampu jamin, mampu menjaga hati sepanjang perkenalan? Ikhtilat? Mungkin ada sebilangan kata berkenal-kenal itu boleh tapi atas landasan syari'e, ya benar. Namun bagi si gadis dia tahu dia tak bersedia, dan mungkin tempoh perkenalan itu panjang kerana si gadis masih belajar. Dia takut ini membuka ruang-ruang kpd syaitan utk merosakkan hatinya. Berharap pada yg tak pasti, teringat pada yang belum hak untuk diingati dan sebagainya. Teringat kata-kata ustazah fatimah syarha "jika kamu berkawan 20 tahun pun kamu takkan kenal si dia kerana itu hanyalah lakonannya sahaja" maka apa function berkenal-kenal kan? ye dok? 

4.
PUNYA WALI
Benda ni yg orang selalu pandang sepi. Ya, memang kebiasaannya berkenal-kenal dulu then baru jumpa wali. Tapi itukan biasa-biasa bukan luar biasa. Tak molek rasanya kalau belakangkan wali sedangkan wali masih ada. Wali mujbir pun ada lagi. Maka moleknya kalau dah berkenan terus jumpa wali berbanding nak kenal-kenal dulu dan sebagainya. Bukankah itu lebih terhormat? Nak tackle hati anak tackle la hati ayah dulu baru gentle. Tak ke gitu?

HAHAHA, gitulah cerita dia ya anak-anak. 
Sorry ya kalau lately banyak entry bab-bab ni.


gambar sampingan :D



Kesimpulannya, cinta itu fitrah jangan nodai ia menjadi fitnah dan ingatlah bahawa perancangan syaitan itu sangat rapi. Sebab tu sebaiknya gunakan cara paling selamat.

“Tidaklah aku tinggalkan setelahku suatu fitnah yang lebih berbahaya bagi laki laki (melainkan fitnah yang datang dari) wanita.”  
(HR Bukhari dan Muslim)

uhuk. tersedak!

wallahu'alam.


1 comment:

  1. mencari cara terbaik dan yg paling selamat kalau berkenan dgn seseorang? baca link bawah ni. wallahu'alam..

    http://akuislam.com/blog/renungan/sebelum-kamu-bertaaruf/
    https://sinarjannah.wordpress.com/2011/12/02/cinta-sebelum-nikah-itu-tidak-salah/

    ReplyDelete