Hiduplah Kerana DIA

 بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Alhamdulillah a'la kulli hal.
Alhamdulillah kerana ALLAH masih kurniakan kita hari ini. ALLAH masih izinkan kita bertemu Ramadhan untuk kesekian kalinya. 
Andainya ini Ramadhan terakhirku?

**************************************



.
.
Pernah tak korang rasa satu saat tu berat sangat ujian ALLAH?
Sampai satu tahap rasa macam nak collapse. Rasa macam.. ALLAH, bilakah akan berakhir semua ni? Saat itu air mata tak mampu diseka lagi. Air mata menjadi peneman di kala malam sebelum tidurmu. Terasa dirimu bukan selayaknya untuk terima ujian ini. Terasa tiada lagi bahu untuk menangis dan menenangkan hati. Terasa dirimu berseorangan dalam melalui liku-liku kepedihan. Ya, hanya kamu, seorang.

SAKIT.
PEDIH.
BAGAI DIHIRIS
BERAT SANGAT UJIAN.

"Aku lemah ya Allah, aku tak kuat lagi. Mengapa aku diuji ya ALLAH?"

Namun ingatlah wahai hamba yang cintakan Tuhan, sudah lumrah hidup ini diuji. Apatah lagi jika dirimu akui bahawa kamu beriman :')

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata, "Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji?"
(29:2)

"Tapi aku lemah, aku mana mungkin hadapi ujian seberat ini ya ALLAH"

"Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya ALLAH bersama orang-orang yang bersabar"
(2:153)


Satu ja nak cakap, ALLAH ada.
Bersabarlah bilamana cacian menjadi halwa telinga,
Bersabarlah bilamana manusia tidak mengerti.
Kerana kita hidup bukan kerana manusia.
Tenanglah duhai hati. 
Tenanglah duhai hati yang dambakan syurga!
Kuatlah kerana ALLAH.



Jika Dia mampu memberikan ujian yang tidak engkau duga, Dia juga mampu memberi jalan keluar kepadamu. Dengan syarat kau punya satu kunci. Apakah kunci itu? TAQWA!

Barang siapa yang bertaqwa kepada ALLAH s.w.t nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.Dan barang siapa yang bertawakal kepada ALLAH s.w.t nescaya ALLAH s.w.t akan mencukupkan (keperluan) nya.Sesungguhnya ALLAH s.w.t melaksanakan urusan (yang dikehendakin) nya.Sesungguhnya ALLAH s.w.t telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (Surah AT-TALAQ : Ayat 2-3) 

Dikala tiada lagi telinga untuk mendengar rintihanmu, maka mengadulah pada Dia dalam munajatmu.
Dikala tiada lagi bahu untuk bersandar, berteguhlah dalam sujudmu.
ALLAH tahu sakit itu. 
ALLAH tahu kerana Dia yg menciptakan ujian itu.

Maka, 
Kembalilah pada fitrah. Kepada Tuhan yang kasihnya melebihi seorang ibu kepada anak. Dia mendengar setiap rintihanmu. Dia tahu kepedihanmu lebih dari kamu tahu. Dia tahu.

Mungkin, dengan ujian inilah. ALLAH mahu kamu pulang.
Pulang kepada fitrah. 
Mungkin sebelum ini solatmu lalai, mungkin sebelum ini hatimu lalai, mungkin selama ini waktu tersisa tidak terisi, mungkin selama ini kau jauh dari Pemilik diri. Mungkin selama ini kau terlalu mengagungkan cinta insani.

Maka kembalilah. Kembalilah pada ALLAH.

Menangislah, dan terus menangis padaNya. 
Hanya Dia yang mampu membukakan jalan keluar saat dirimu terasa buntu.
Hanya Dia. ALLAH yang Esa. 

Dan ingatlah, ALLAH tidak memberati seseorang melebihi kesanggupannya.

senyumlah walau pedihnya bagaikan duri :)
wallahu'alam. 

Nahh buat hati yang diuji..

Comments